Sunday, August 15, 2010

Program Sambutan Ramadhan

"Bulan Ramadhan telah difardukan kepada umat Islam dan pada akhirnya umat Islam akan mencapai ketaqwaan", berkata akh Mujahid ketika berkongsi mengenenai apa yang beliau faham tentang ayat puasa surah Baqarah ayat 183.



Juadah berbuka puasa

Pada 8 ogos 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah menganjurkan sebuah program menyambut Ramadhan. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang disebalik pengsyariatan puasa selama satu bulan disamping memberikan ruh awal serta persiapan menghadapi Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Program dimulakan dengan tadabbur ayat-ayat puasa surah Baqarah dari ayat 183 hingga ayat 187. Sesi ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan setiap orang mengemukakan apa yang dapat dihayati dari ayat-ayat tersebut. Kemudian, sesi tersebut ditutup dengan kesimpulan dari akh Zainal Abidin dengan menekankan 2 perkara utama dari ayat-ayat tersebut yang boleh kita jadikan amalan dalam bulan Ramadhan. 2 perkara tersebut adalah kepentingan membaca Al-Quran sebagai buku yang memberi petunjuk(hidayah) dan perbanyakkan doa kerana Allah itu sentiasa dekat dengan hamba-hambanya.

Setelah selesai membaca ma'thurat secara perseorangan, kami berbuka puasa dan solat maghrib.



Sedang tadabbur ayat-ayat puasa

Setelah selesai solat Isya', kami telah ditanamkan ruh Ramadhan dengan kisah-kisah para sahabat. Muhadharah selama lebih kurang 45 minit ini disampaikan oleh penceramah jemputan dari Mesir iaitu Ust. Jamal.

Program menyambut ramadhan ini kemudiannya diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.


menikmati juadah berbuka puasa

Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Semua!!!Moga pada akhir Ramadhan ini, kita berjaya membawa ketaqwaan kita ketahap yang lebih tinggi dari yang sebelum ini....

No comments:

Powered By Blogger

Labels