Sunday, February 28, 2010

Ifthor & Qiamullail

25 Februari 2010 Rumah Iman bersama Dapur Iman telah mengadakan program Ifthor Jama'ie dan Qiamullail di Rumah Iman yang baru. Program ini adalah program pertama yang diadakan di rumah baru ini. Pengarah program ini adalah Sdr. Abd Hadi. Seramai hampir 50 orang telah menghadiri program ini.



Program bermula selepas solat Zohor dengan BBQ ayam & memasak.


Selepas solat asar, diadakan tazkirah yang disampaikan oleh Sdr Zainal Abidin mengenai Maulidur Rasul. Bacaan Ma'thurat diketuai oleh Sdr Hassan sebaik sahaja selesai majlis tazkirah. Solat Maghrib diimamkan oleh Sdr Termizi.





Semua hadirin menjamu selera sebaik sahaja selesai solat Maghrib dengan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah dan ayam bakar. Solat Isya' diimamkan oleh Sdr Zulfadhli. Selepas solat Isya' diadakan sesi ta'aruf dan pembahagian kumpulan untuk bermain.


Program permainan ini telah diketuai oleh Sdr Zulfadhli bersama Ammar & Bidin. 3 jenis permainan telah dijalankan. Sdr Pak Aq telah menyampaikan sedikit nasihat dan pengajaran selepas permainan.Pada jam 4.00 pagi bermula solat tahajjut yang diimamkan oleh Sdr Shafiq, Sdr Sholihin, Sdr Idres.


Solat Subuh diimamkan Oleh Sdr Soleh. Dr. Hasbullah bin Sya'ari telah memberi kuliah subuh dengan agak panjang lebar. Selepas kuliah subuh diadakan sesi kebersihan membersih kawasan memasak dan membakar.


Sarapan pagi telah disajikan dengan roti Tamiz dan nasi yang masih berbaki.Selepas program kebanyakkan petugas kelihatan letih, ada yang tertidur dari selepas solat Jumaat sehingga malam. Rumah Iman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program ini. InsyaAllah program seperti ini akan diadakan lagi di masa akan datang.

* Unit Penyiaran... Sdr Nuh sdg memasang lampu yg disambung ke jenereter utk persiapan jika elektrik terputus...
Sdr Anam sdg bersama P.A. System kepunyaan Rumah Iman...

Saturday, February 20, 2010

Qiamullail

InsyaAllah Rumah Iman dengan Dapur Iman akan mengadakan program Qiamullail sempena memasuki rumah baru dan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Program qiam ini akan diadakan di Rumah Iman yang baru pada hari Khamis ini. InsyaAllah berita tentang program ini akan disiarkan selepas program.

Mujahid Masuk Hospital

Mujahid adalah salah seorang ahli rumah yang hampir 2 bulan tiba di sini. Beliau telah sakit selama 2 hari namun kami tidak mengetahui apakah punca asalnya, pada petang khamis yang lalu beliau telah dibawa ke Hospital Sains & Teknologi untuk dikesan apakah penyakit beliau. Setelah di scan, rupanya sakit perut itu berpunca dari "ependik". Beliau dimasukkan ke Hospital Kaherah pada petang Jumaat dan beliau selamat dibuat pembedahan pada sebelah malam. Sehingga kini keadaan beliau semakin pulih. Semoga Allah menyembuhkan beliau.

Pindah Rumah

Khamis lepas, semua ahli salah sebuah rumah cawangan Rumah Iman telah berpindah ke Rumah Iman yang besar kerana bilangan ahli rumah berkurangan. Rumah Iman kini hanya mempunyai 2 rumah sahaja. Operasi pindah telah dijalankan pada petang Khamis manakala operasi membersihkan rumah dijalankan pada petang Jumaat. Sekitar 10 orang telah turut serta menolong operasi ini. Terima kasih kepada semua yang menolong.
Gambar semasa operasi itu tidak ada kerana semua sebuk menolong.

Labels