Friday, October 10, 2008

Sambutan Aidil Fitri 1429H di Rumah Duta

ta




Ahli Rumah Iman yang memakai baju batik sedang bergambar dengan duta




Pada 09 Okt 2008, Kedutaan Besar Malaysia ke Yaman telah mengadakan rumah terbuka sempena Aidil Fitri kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman.

Tetamu dari Darul Mustofa

Rumah Iman telah menerima tetamu seramai 5 orang dari Darul Mustofa, Hadramaut.


Bergambar di rumah Ust Taufiq








Majlis ta'aruf di rumah Ust Taufiq
























Majlis ta'aruf di Rumah Iman








Makan malam di rumah Ust Taufiq

Wednesday, October 8, 2008

Masjid Ali Abdullah Soleh















Rumah Terbuka PERMAYA


































Tetamu kehormat yang hadir


























Makanan yang disediakan

"Satay, mee kuha & kuih-muih"


































MAJLIS AIDILFITRI 1429H

Pada 3 Syawal yang lalu, bertempat di Rumah Al-Iman telah diadakan satu majlis sambutan Aidilfitri buat julung-julung kalinya. Majlis tersebut yang walaupun sederhana tetapi meriah telah menghimpunkan para pelajar dari Universiti Al-Iman dan para pelajar kelamin dari institusi yang lain yang tinggal di sekitar Kampung Al-Iman. Bagi lelaki, acara telahpun bermula seawal pagi dengan penyediaan rencah untuk membakar ayam bakar yang diketuai oleh saudara Othman Ahmad. Semua perkakas serta persediaan untuk membakar diselia oleh saudara Mustafid Mohd Zuki, dan turut dibantu oleh ahli-ahli Rumah Al-Iman. Acara membakar ayam bermula sesudah selesai solat Asar disertai lebih dari 20 orang yang turut berkongsi idea, wang dan keringat dalam menjayakan majlis ini. Bau ayam bakar yang semerbak harum tidak dapat menahan selera ‘para pembakar’ untuk merasai rasanya. Situasi tersebut turut dirakamkan dengan kamera oleh saudara Khairul Anam Mohd Omar yang bertindak sebagai jurukamera sepanjang program ini berlangsung sebagai tanda kenang-kenangan. Manakala pada sebelah malamnya pula selepas menunaikan solat Maghrib secar berjemaah di lapangan rumah, telah berlangsung acara persembahan aneka ragam. Acara yang dikelolakan oleh Ustaz Syazali Hirman Ahmad Najib ini dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim oleh saudara Abdullah Kamal dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Noorsyazly bin Rameli selaku tuan rumah. Dalam ucapan tersebut, beliau memberitahu bahawa acara sebegini bukanlah asing bagi para pelajar di Universiti Al-Iman memandangkan acara ini telahpun bermula sejak Aidilfitri 1422H lagi. Hanya lokasi sahaja yang berbeza, yakni pada tahun-tahun sebelumnya diadakan di Dapur Al--Iman di asrama pelajar Malaysia. Selain itu, beliau juga menekankan tentang perlunya ukhuwwah disemai dan dipupuk melalui program yang sedemikian. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan pelbagai acara seperti permainan teka siapa saya?, sambung cerita, kira jumlah wang syiling dan memijak kertas secara berkumpulan. Permainan tersebut yang dijalankan secara pecahan kepada 4 kumpulan dan dikendalikan oleh saudara Mohd Azam Safwan turut diselang-selikan dengan sajak oleh saudara Abdul Ghafur Abdul Razak dan saudara Munzir Sayuti dan juga persembahan nasyid oleh para pelajar baru dari Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) Derang serta lawak jenaka iklan berantai. Majlis juga turut ceria dengan persembahan nasyid berkumpulan dari pihak urusetia selain persembahan solo dari penasyid jemputan oleh pelajar Indonesia, saudara Ian Sera Hasibuan. Selain itu, ucapan Salam Aidilfitri juga turut dirakamkam secara individu. Majlis yang berakhir pada jam 9.30 malam itu diakhiri dengan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ustaz Mujib selaku tetamu kehormat. Manakala, acara jamuan yang menjadi kemuncak dalam program ini menghidangkan ayam bakar, ketupat rendang dan nasi himpit kuah kacang yang di buat khas oleh famili Abang Khalid Nayan dan saudara Taufik Amini Dolkawaid. Akhirnya, ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua yang terlibat dalm menjayakan acara ini, sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Diharapkan agar acara seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang dalam usaha menyemai sikap kerjasama dan berjamaah di kalngan para pelajar di Universiti Al-Iman khususnya dan Yaman amnya. Syabas dan Tahniah!






Tengah bakaq ayam












Ayam yg di bakaq















Hadirin yg datang












Kata aluan oleh Pa Aq sebagai tuan rumah












Sajak oleh A.Ghaffur











Pertandingan sambung cerita












Persembahan nasyid oleh Pelajar MTIDerang












Persembahan nasyid oleh pelajar Jamiah







Tengah jamu selera...mesti sedappp......

Friday, October 3, 2008

SELAMAT DATANG

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung ke blog Rumah Iman. Kami pihak blogger Rumah Iman memohon jutaan kemaafan kerana blog ini masih lagi didalam pembinaan. Kami mengalu-alukan sebarang komentar dan pandangan. Sila emailkan pandangan & komentar anda ke: rumah.iman@gmail.com

Labels