Monday, February 28, 2011

LIQO' GABUNGAN UMUM 4


23/4/2001- Liqa gabungan kali ini memberi penekanan kepada mujalasah solihin dan kesedaran tentang kepentingan menghadiri halaqah-halaqah dan majlis ilmu. Pengisian disampaikan oleh Munzir Sayuti.

Kemudian diakhiri dengan tayangan video tazkirah ringkas berbahasa arab daripada Sheikh Nabil Iwadi dengan pengisian tentang kelebihan hari jumaat dan amalan-amalan sunat.



Tujuan utama ialah memberi kefahaman kepada para peserta bahawa tarbiyah perlu diiringi dengan amalan-amalan sunat sebagai benteng iman dalam kehidupan.

Semoga usaha kita membuahkan amal yang baik dan ikhlas!

Friday, February 11, 2011

Liqa Gabungan (Program Umum kali ke-3)

oleh:Anas

Pada hari Khamis, 10 Februari 2011 baru-baru ini, Alhamdulillah telah berlangsungnya program umum mingguan buat kali yang ke-3 anjuran Rumah Iman. Program kali ini bermula pada jam 4.45 petang dan berakhir pada jam 6.40 malam yang diadakan di rumah Iman. Seramai 19 orang peserta telah menyertai program umum kali ini.


Tema program kali ini adalah “ Kepentingan masa dan pengurusannya “ . Sehari sebelum bermulanya program, peserta dinasihatkan supaya berpuasa sunat. Peserta disajikan dengan pengisian yang disampaikan oleh Akh Ikrimah, menerangkan cara-cara mengurus masa dengan meletakkan keutamaan pada setiap pekerjaan seharian.

Seterusnya para peserta berkesempatan menyaksikan 2 buah video pendek yang dikendalikan oleh Akh Ubadah. Tayangan video selama 10 minit itu menerangkan tentang nilai masa mengikut keadaan tertentu. Sebagai contoh, nilai masa sehari bagi seorang pesakit kanser sudah tertentu berbeza daripada nilai masa sehari bagi orang yang sihat tubuh badannya.


Setelah itu, peserta membaca al-Ma’thurat secara jamai’e sambil menunggu masuknya waktu maghrib untuk berbuka puasa. Dengan berkumandangnya azan Maghrib, peserta memulakan menu iftar mereka dengan kurma.


Setelah selesai solat maghrib secara berjemaah di rumah Iman, dalam keadaan tak sabar-sabar menunggu santapan makan malam, para peserta diberikan pesanan terakhir oleh Akh Nuh. Setiap peserta dihadiahkan sebuah buku nota kecil sebagai langkah menyusun masa mereka sebaiknya. Bukan main seronok lagi peserta-peserta itu.

Dengan buku nota kecil itu, mereka diminta untuk menulis semua tugasan yang diberikan, sama ada tugasan di Universiti ataupun tugasan yang lain. Buku nota itu akan dipantau oleh ketua setiap kumpulan dalam perjumpaan mingguan akan datang.

Majlis disuraikan dengan makan malam istimewa yang disediakan khas tukang masak dari Dapur Iman, iaitu Akh Mujahidin dan Akh Mustafid. Menu seperti nasi tomato dan gulai ayam (rempah Malaysia) jarang-jarang sekali dinikmati. Alhamdulillah.



Akhir kalam, Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program umum kali ini secara langsung ataupun tidak. Hanya Allah s.w.t . sahaja yang mampu membalasnya. Wallahu ‘alam.


Tuesday, February 1, 2011

RUMAH IMAN 2


Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana dapat menyewa sebuah lagi rumah pada awal tahun baru ini untuk menempatkan pelajar-pelajar kita di Yaman.

Rumah Iman 2 yang terletak bersebelahan dengan universiti al eman(bersebelahan jalanraya)


Rumah yang memiliki 4 bilik yang agak luas berbanding rumah iman 1. Satu bilik akan dikhaskan untuk pelajar-pelajar bahasa arab intensif(2 bulan atau 3 bulan)

Beberapa orang pelajar telah ditempatkan di rumah ini dengan bilangan yang cukup selesa.

Semoga rumah iman 2 dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.



Labels