Wednesday, May 26, 2010

Gotong Royong

Warga Rumah Iman mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullah khairan kathira kepada semua ikhwah yang telah menjayakan program Gotong Royong pada 21 Mei baru-baru ini. Kata pemantau yang dilantik untuk menilai hasil kerja gotong royong, semua kerja berjalan lancar, semua ikhwah mencurahkan sepenuh tenaga dalam membersihkan rumah, namun masih ada kerja yang berbaki walau bagaimana pun, hasil memuaskan. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Program ini disertai oleh 32 orang mahasiswa. Program bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi dan diikuti dengan makan tengah selepas Solat Jumaat. Semua yang terlibat menjamu selera nasi briani dan gulai ayam.


Mat Yin & Udabah sedang bersihkan saluran paip..

Baihaqi sedang baiki Elektrik...baik2 yer, nanti kena kejutan teruk plak..

Muqsit sedang basuh bilik air bawah tangga

Hadi sedang bersihkan tingkap...dah berapa tahun tak bersihkan tingkap tu...

Aman & Syauqi sedang bungkuskan dapur gas utk disimpan...

Sholihin sedang bersihkan halaman luar rumah...

Mujahid sedang vacuum lantai...dengar apa tu..mungkin dengar Quran kut sbb dah nak periksa ni...

Hanif sedang sapu lantai...yang belakang 2 orang tu Nuh & Rahman (Hanif, Nuh & Rahman..3 beradik..)

Abg taufiq dgn Syafiq...Syafiq tgh buat apa tu?

Ramainya tgh basuh...tak perasan sapa plak mereka...apa pun mereka ni memang rajin...

Luqman tengah buat tempat letak sabun...tahan ka tu?harap2 tahan la... Mujahidin tgh baiki paip yang rosak...bagusnya, semua ada kepakaran masing2, tak payah panggil mekanik...

Hadi tengah potong pokok Tin...habih la pokok tu...

Ni bukan vandalisma yer...Ammar & Rifa'ah tu tgh bersihkan dinding yang hampir 4 tahun tak pernah dibersihkan...memang cantik, macam baru cat ja dinding tu...
Minta maaf la bahagian mana yang tidak ada gambar....

Tuesday, May 18, 2010

Program tangguh lagi

Assalamualaikum semua....
Program Pembentangan Kitab Hazad Din terpaksa ditangguhkan lagi. Pertangguhan ini adalah kali kedua. Pihak blogger Rumah Iman tidak mengetahui sebab ditangguhkan program ini. Difahamkan program ini akan dibuat pada minggu hadapan.
Sekian, harap maklum.

Takziah & Solat Jenazah

Warga Rumah Iman mengucapkan takziah kepada Sdr Azzam Bin Safwan kerana kematian adik beliau iaitu Yusuf. Difahamkan bahawa Sdr Yusuf meninggal di sekolahnya semasa mengulangkaji pelajaran pagi tadi (waktu Malaysia). Punca kematian masih belum dikenalpasti lagi.
Solat jenazah ghaib telah dijalankan di Ruma Iman dan diimamkan oleh Sdr Azzam. Sekitar 30 orang telah bersama menunaikan solat jenazah. Semoga Sdr Azzam tabah menghadapi ujian ini.

Monday, May 17, 2010

GOTONG ROYONG

Program: GOTONG ROYONG
Taikh: 21 Mei 2010 (Jumaat)
Masa: 6.50 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Rumah Iman
Peserta: Ahli DR Iman & Ahli Sakan
Anjuran: DR Iman

Semua Ahli DR Iman & Ahli Sakan Ulum diwajibkan hadir
PERHATIAN!!!!
Kepada ahli Rumah Iman yang telah tidak tinggal di Rumah Iman tetapi barang mereka masih ada, dila ambil dengan segera!!!!

sarapan%pagi%&%makan%t/hari%disediakan

PEMBENTANGAN KITAB HAZAD DIN

PROGRAM: PEMBENTANGAN KITAB (HAZAD DIN)
PEMBENTANG: DR HASBULLAH
TARIKH: 19 MEI 2010 (RABU)
MASA: 6.30 MALAM HINGGA 10.00 MALAM
TEMPAT: RUMAH IMAN (PROGRAM)
ANJURAN: DR IMAN
PESERTA: AHLI DR IMAN & SAKAN ULUM

Program ini bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan diikuti dengan pembentangan kitab. Semua ikhwah dari ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman dan ahli Sakan Ulum diwajibkan menyertai program ini.

Tazkirah Mingguan

Assalamualaikum semua ikhwah dan akhawat terutamanya yang berada di ibu negara bumi Hikmah iaitu Sana'a.
DR Iman (Dapur Iman dan Rumah Iman) telah mengadakan tazkirah mingguan pada hari Khamis selepas solat Maghrib setiap minggu. Program ini insyaAllah akan berterusan dan lokasi program ini adalah di Dapur Iman. Kepada semua ikhwah dijemput ke tazkirah mingguan ini.

Monday, May 10, 2010

Takziah Buat Rafie

Ust Rejab @ Saad ayah kepada Sdr Rafie telah kembali ke rahmatullah pada pagi (waktu Malaysia) 09 Mei 2010 sebab sakit. Sdr Rafie dijangka akan pulang pada Selasa ini. Solat Jenazah secara ghaib telah dilaksanakan selepas Solat Zohor (waktu Yaman). Solat ini diimamkan oleh Sdr Rafie. Sedikit jamuan makan tegahari disediakan. Majlis solat dan jamuan telah diadakan di Rumah Iman. Semua ahli Rumah Iman, Dapur Iman dan Sakan Ulum telah menghadiri majlis ini. Semoga Allah menempatkan ruh Ust Rejab bersama orang-orang yang soleh.Warga Rumah Iman mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Ust Rejab @ Saad terutamanya Sdr Rafie dan Sdr Raihan.
Powered By Blogger

Labels