Friday, March 26, 2010

Tazkirah Mingguan - 26.03.2010

Minggu ini tazkirah mingguan disampaikan oleh Sdr Zainal Abidin. Seramai 14 orang ahli Rumah Iman telah turut hadir di dalam tazkirah mingguan ini.

Beliau menerangkan apa itu Islam dan Iman berdasarkan beberapa potongan ayat Al-Quran dan beberapa buah hadis terutamanya Hadis Jibril. Keimanan sangat diperlukan oleh setiap orang walaupun orang itu sudah beriman. Ini berdasarkan ayat 136, Surah An-Nisa'. Hadis Jibril adalah antara hadis yang menerangkan apa itu Islam, Iman, Ihsan dan tanda-tanda hari kiamat. Perintah mengeluarkan Zakat di dalam Al-Quran sering kali disebut selepas perintah mendirikan solat,ini menunjukkan betapa pentingnya mengeluarkan zakat dan nya adalah tempat kedua selepas solat. Selain menerangkan Islam dan Iman secara umum beliau menerangkan juga rukun-rukun Islam dan Iman berdasarkan Hadis Jibril. Hadis Jibril banyak memberi pengajaran kepada kehidupan seharian kita.

Sunday, March 21, 2010

Tazkirah Mingguan

Rumah Iman mengadakan program tazkirah mingguan bermula minggu lepas yang disampaikan oleh Sdr. Abd Rahman Sayuti dengan tajuk Ikhlas. InsyaAllah tazkirah mingguan ini akan berjalan setiap minggu dibawah kelolaan Sdr Munzir.

Tuesday, March 9, 2010

Logo Baru

Ini adalah logo baru Rumah Iman. Cantik gak kan???



Ini pulak logo Unit Multimedia Rumah Iman...

Labels