Sunday, August 22, 2010

Sdr Shafiq & Sdr Abd Hadi Balik M'sia

Sdr Abd Hadi dan Sdr Shafiq telah pulang ke tanah air pada 19 Ogos baru-baru ini. Sdr Abd Hadi pulang kerana bercuti manakala Sdr Shafiq pulang untuk membuat persiapan bagi melanjutkan pengajian di Saudi. Kepulangan mereka dihantar oleh 13 orang sahabat yang terdiri dari ahli Rumah Iman dan Dapur Iman.
Sebelum ke rumah masing-masing, mereka sempat menziarahi Sdr Noorsyazly (Pak Aq) yang bertugas di Aqsa Syarif.


Antara yang menghantar di Aiport Sana'a.
Di Pejabat Aqsa Syarif....

Wednesday, August 18, 2010

Ahli Rumah Iman ke Mesir (Anam & Termizi)

Pada 04 Ogos yang lepas, Sdr Khairul Anam dan Sdr Termizi telah berlepas ke Mesir. Sdr Khairul Anam ke Mesir dengan tujuan kekeluargaan manakala Sdr Termizi pula bertujuan menghabiskan waktu cuti di Mesir. Mereka akan pulang ke Yaman pada 01 Sep ini.


* sila ziarah blog Sdr Khairul Anam untuk melihat gambar mereka sepanjang di Mesir. (www.addirani.blogspot.com)

Sunday, August 15, 2010

Program Rumah Iman dan Dapur Iman Sepanjang Ramadhan

Program yang akan dianjurkan oleh Rumah Iman dan Dapur Iman sepanjang Ramadhan adalah:

Iftar Harian
Tempat: Dapur Iman
Masa: 5.15 p.m
Tarikh: 1 - 20 Ramadhan 1431H
Aktiviti: Tazkirah, Ma'thurat, dan Iftar Jama'ie



Iftar Jama'ie
Tempat: Rumah Iman
Masa: 4.30 p.m
Tarikh: 13/8, 18/8, 25/8, 29/8
Aktiviti: Iftar Jama'ie, Pengisian Ramadhan



Night Walk & Explorace
Tempat: Sekitar Sana'a
Masa: 9.30 malam
Tarikh: 23 Ogos 2010



Bedah Buku
Tajuk buku: "At-Toriqoh ila Rabbaniah" dan "Awlawiyyat Harakah Islamiah fi Marhalah Qodimah"
Tempat: Dapur Iman
Masa: 4 p.m
Tarikh: Akan diberitahu

Semua dijemput hadir........

Iftar Jama'ie 1

Alhamdulillah, pada 3 Ramadhan lepas, Rumah Iman dan Dapur Iman telah berjaya menganjurkan Iftar Jama'ie. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar Iman dan menganjurkan muhadharah-muhadharah bagi memberi input-input yang berguna kepada semua pelajar-pelajar Iman.

Penceramah jemputan telah dijemput untuk memberi muhadharah mengenai kepentingan Qur'an pada Ramadhan. Antara perkara yang telah ditekankan oleh penceramah adalah bagaimana sahabat beramal dengan Qur'an kerana generasi ini adalah golongan yang mendapat "first hand" tarbiyah dari Rasulullah yang terkenal dalam hadith Aisyah bahawa akhlak Rasulullah adalah Qur'an.


Sedang menikmati juadah berbuka

Pada akhir muhadharah, penceramah berjaya menanamkan kepentingan bahawa Qur'an bukan hanya sebuah buku untuk dibaca, tetapi sebagai kalam Allah yang perlu dihayati dan diamalkan kerana ilmutanpa amal hanyalah ibarat pokok yang tidak mampu berbuah untuk memberi manfaat kepada penanamnya.



lauk ikan kari

Oleh itu, penceramah mencadangkan kita meletakkan target untuk pembacaan Qur'an kita. Jika selama ini kita meletakkan khatan satu Qur'an pada akhir Ramadhan, mungkin pada kali ini kita meletakkan beramal pada ayat-ayat kita telah baca. Biar pun ia mengambil masa yang amat lama, tetapi itu adalah lebih dari bagus dari kita khatam Qur'an beberapa kali tanpa kita mengambil faedah dari apa yang kita baca.



berdoa sementara menunggu waktu berbuka

Program kemudian diikuti dengan ma'thurat dan berbuka puasa beramai-ramai. Juadah puasa telah dimasak oleh akh Mujahideen dan kawan-kawannya. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Iftar Jama'ie ini. Moga Allah membalas amalan baik kalian.

Program Berbuka Puasa Harian

Pada 1 Ramadhan, telah bermula iftar harian yang dianjurkan oleh Dapur Iman dan Rumah Iman. Iftar ini diadakan setiap hari bermula dari pukul 5.15 petang bertempat di Dapur Iman. Peserta yang mengambil bahagian dalam program iftar harian ini seramai 30 orang pelajar Universiti Iman.


Lauk ayam kari

Antara program yang dianjurkan pada program harian ini adalah tazkirah yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Iman, ma'thurat, dan diikuti dengan iftar secara beramai-ramai.



Berbuka dengan makanan ringan sebelum solat maghrib

Jadual memasak pula dibahagikan sama rata antara semua peserta. Oleh itu, peserta yang ditugaskan untuk memasak pada hari itu perlu memasak makanan berbuka puasa bermula dari selepas asar.



ikhwah sedang khusyu' berdoa

Aktiviti ini diharapkan dapat menambah ukhuwwah sesama peserta serta memberi peluang kepada semua peserta untuk beramal pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Disamping itu, kita mengharapkan pertemuan-pertemuan yang penuh bermanfaat ini dirahmati oleh Allah dan diambil kira sebagai timbangan yang baik pada Hari Akhirat kelak. Moga kita semua menjadi saksi kepada pertemuan-pertemuan yang berukhuwwah ini.

Program Sambutan Ramadhan

"Bulan Ramadhan telah difardukan kepada umat Islam dan pada akhirnya umat Islam akan mencapai ketaqwaan", berkata akh Mujahid ketika berkongsi mengenenai apa yang beliau faham tentang ayat puasa surah Baqarah ayat 183.



Juadah berbuka puasa

Pada 8 ogos 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah menganjurkan sebuah program menyambut Ramadhan. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang disebalik pengsyariatan puasa selama satu bulan disamping memberikan ruh awal serta persiapan menghadapi Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Program dimulakan dengan tadabbur ayat-ayat puasa surah Baqarah dari ayat 183 hingga ayat 187. Sesi ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan setiap orang mengemukakan apa yang dapat dihayati dari ayat-ayat tersebut. Kemudian, sesi tersebut ditutup dengan kesimpulan dari akh Zainal Abidin dengan menekankan 2 perkara utama dari ayat-ayat tersebut yang boleh kita jadikan amalan dalam bulan Ramadhan. 2 perkara tersebut adalah kepentingan membaca Al-Quran sebagai buku yang memberi petunjuk(hidayah) dan perbanyakkan doa kerana Allah itu sentiasa dekat dengan hamba-hambanya.

Setelah selesai membaca ma'thurat secara perseorangan, kami berbuka puasa dan solat maghrib.



Sedang tadabbur ayat-ayat puasa

Setelah selesai solat Isya', kami telah ditanamkan ruh Ramadhan dengan kisah-kisah para sahabat. Muhadharah selama lebih kurang 45 minit ini disampaikan oleh penceramah jemputan dari Mesir iaitu Ust. Jamal.

Program menyambut ramadhan ini kemudiannya diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.


menikmati juadah berbuka puasa

Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Semua!!!Moga pada akhir Ramadhan ini, kita berjaya membawa ketaqwaan kita ketahap yang lebih tinggi dari yang sebelum ini....

Labels