Sunday, August 15, 2010

Iftar Jama'ie 1

Alhamdulillah, pada 3 Ramadhan lepas, Rumah Iman dan Dapur Iman telah berjaya menganjurkan Iftar Jama'ie. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar Iman dan menganjurkan muhadharah-muhadharah bagi memberi input-input yang berguna kepada semua pelajar-pelajar Iman.

Penceramah jemputan telah dijemput untuk memberi muhadharah mengenai kepentingan Qur'an pada Ramadhan. Antara perkara yang telah ditekankan oleh penceramah adalah bagaimana sahabat beramal dengan Qur'an kerana generasi ini adalah golongan yang mendapat "first hand" tarbiyah dari Rasulullah yang terkenal dalam hadith Aisyah bahawa akhlak Rasulullah adalah Qur'an.


Sedang menikmati juadah berbuka

Pada akhir muhadharah, penceramah berjaya menanamkan kepentingan bahawa Qur'an bukan hanya sebuah buku untuk dibaca, tetapi sebagai kalam Allah yang perlu dihayati dan diamalkan kerana ilmutanpa amal hanyalah ibarat pokok yang tidak mampu berbuah untuk memberi manfaat kepada penanamnya.



lauk ikan kari

Oleh itu, penceramah mencadangkan kita meletakkan target untuk pembacaan Qur'an kita. Jika selama ini kita meletakkan khatan satu Qur'an pada akhir Ramadhan, mungkin pada kali ini kita meletakkan beramal pada ayat-ayat kita telah baca. Biar pun ia mengambil masa yang amat lama, tetapi itu adalah lebih dari bagus dari kita khatam Qur'an beberapa kali tanpa kita mengambil faedah dari apa yang kita baca.



berdoa sementara menunggu waktu berbuka

Program kemudian diikuti dengan ma'thurat dan berbuka puasa beramai-ramai. Juadah puasa telah dimasak oleh akh Mujahideen dan kawan-kawannya. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Iftar Jama'ie ini. Moga Allah membalas amalan baik kalian.

No comments:

Powered By Blogger

Labels