Saturday, December 26, 2009

Program Sempena Hari Asyura'

Rumah Iman bersama Dapur Iman mengadakan program sempena Hari Asyura' di Dapur Iman. Program bermula jam 4 petang dan berakhir sebelum isya'.

Al-Fatihah...

Al-Fatihah kepada ayah Zulhilmi telah kembali ke ramatullah pada hari Jumaat jam 12 tengahari waktu Malaysia. Rumah Iman mengucapkan takziah kepada Zulhilmi.
Rumah Iman telah mengadakan solat jenazah ghaib ke atas ayah Zulhilmi. Seramai 25 orang telah datang menunaikan solat jenazah dan diimamkan oleh Saudara Norsyazly atau dikenali sebagai Pak Aq. Setelah soat, Zulhilmi telah mendoakan untuk ayah beliau.
Zulhilmi adalah salah seorang ahli Rumah Iman yang baru tiba di sini pada hujung November. Semoga Zulhilmi tabah dengan ujian yang menimpa.

Ketibaan Pelajar Baru

Rumah Iman telah menerima ketibaan pelajar baru seramai 12 orang bersama guru pengiring. Rumah Iman baru-baru ini telah menerima sumbangan wakaf dari peribadi tertentu untuk membelikan katil. Sebanyak 10 katil telah diwakafkan untuk Rumah Iman.
Doakan semoga Rumah Iman terus maju

Sunday, December 6, 2009

Ahli Rumah Iman Pindah

12 orang pelajar yang baru tiba pada 29/09/09 yang lalu telah berpindah ke asrama Universiti Ulum. Beginilah keadaan Rumah Iman setiap tahun, bulan 9 serembongan tiba dan pada hujung tahun mereka akan berpindah ke asrama. Walaupun mereka semua berpindah namun, Rumah Iman tetap meriah dengan kehadiran tetamu dan banyak aktiviti akan dijalankan di Rumah Iman.
Semoga mereka yang pernah duduk di Rumah Iman dapat mengambil segala ilmu yg dipelajari sepanjang mereka berada di Rumah Iman.

Thursday, December 3, 2009

Hari Keluarga Malaysia di Yaman

03 Dis 2009 bertempat di Dewan Gymnasium Universiti Sains & Teknologi Yaman (USTY) telah diadakan program Hari Keluarga Malaysia di Yaman. Hari Keluarga ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Yaman. Program ini bermula pada jam 6:30 pagi sehingga jam 2:00 petang.
Ucapan perasmian program ini disampaikan oleh Tuan Duta iaitu Encik Abd Samad Bin Osman. Semua rakyat Malaysia di Yaman khususnya di Sana'a ini dijemput untuk menyertai program ini. Semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai nama masing-masing dengan menggunakan 5 nama Perdana Menteri Malaysia seperti Tun Mahathir, Tun Abdullah dan lain-lain lagi.
Lebih kurang 10 pertandingan yang telah dijalankan. Antara pertandingan yang dijalankan adalah tarik tali, masukkan air ke dalam botol dan beberapa pertandingan yang lain lagi. Hadiah dan majlis penutup akan dibuat pada hari Khamis minggu hadapan di Dewan Hospital USTY.
Beberapa orang ahli Rumah Iman turut memeriahkan program ini.
Program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara rakyat Malaysia di Yaman khususnya di Sana'a ini.

Riadhah Hadiqah Thaurah

Pada 01 Disember, Rumah Iman, Dapur Iman dan beberapa orang ahli Bait Tishreen telah menjayakan program Riadhah Hadiqah Thaurah di Hasabah. kami bertolak ke hadiqah (taman permainan) pada jam 10:30 pagi dengan sebuah bas dan sebuah van. Sebaik sahaja tiba di hadiqah, kami diaturkan mengikut kumpulan masing-masing. Seramai hampir 40 orang lebih telah menyertai program ini.
Sebelum solat Zohor, kami disajikan dengan nasi lemak, telur rebus dan sambal merah. Makanan ini dimasak di Rumah Iman sebelum bertolak ke hadiqah.
Program di hadiqah ini diisi dengan beberapa permainan yang dirancang oleh AJK pelaksana program. Terdapat hampir 10 jenis permainan yang laksanakan bermula dari selepas solat zohor sehingga solat asar. Pada jam 5:00 petang kami bertolak pulang. Cuaca ketika itu dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara kami, mengembirakan kami dan mengisi masa cuti kami. InsyaAllah Rumah Iman akan mengadakan lagi program seperti ini di masa akan datang. Rumah Iman mengalu-alukan bantuan kewangan untuk menjayakan program kepada pelajar-pelajar yang berada jauh di rantauan.

Korban D' Rumah Iman 1430H

Rumah Iman dan Dapur Iman dengan kerjasama dari bait al-hikmah dan bait tishreen telah menjayakan program korban di Rumah Iman. Program korban ini dilaksanakan pada hari bermula dari hari raya kedua. Sebanyak 5 ekor kambing telah dikorbankan. Saudara Taufiq Amini telah memberi seekor kambing sebagai aqiqah anak perempuan beliau, seekor kambing diberi oleh Saudara Nazri, manakala seekor kambing lagi diberi oleh mertua Saudara Nazri dan 2 ekor kambing yang baki telah diberi oleh 2 orang dari Malaysia melalui Saudara Idres.
Pada hari raya kedua selepas solat asar, 5 ekor kambing ini dikorbankan oleh tiga orang pelajar iaitu Saudara Nazri sebanyak 2 ekor, Saudara Loqman seekor dan Saudara Mujahid sebanyak 2 ekor. Seramai hampir 30 orang pelajar dari ahli Rumah Iman, Dapur Iman dan Bait Tishreen telah bertungkus-lumus melapah dan memotong daging kambing untuk dimasak dan dibakar. Selepas solat Maghrib disajikan mee kuah sebagai makan malam kepada semua yang terlibat melapah dan memotong daging.
Pada hari raya ketiga selepas solat zohor, beberapa orang dibahgian membakar telah mula menghidupkan api untuk membakar daging. Selepas Solat Asar, Rumah Iman dipenuhi dengan kehadiran tetamu yang diundang. Majlis Korban 1430H telah bermula sebaik sahaja selepas solat Maghrib. Majlis dipengerusikan oleh Pak Aq. Saudara Osman selaku Pengarah telah menyampaikan beberapa patah ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Korban 1430H. Selepas ucapan pengarah, majlis diteruskan dengan sesi ta'aruf, ini kerana ada diantara tetamu yang hadir saling belum kenal-mengenali. Sebelum menutup majlis, upacara perasmian telah dibuat dengan memotong kek oleh pengarah. Semua tetamu disajikan dengan beberapa jenis makanan seperti nasi impit, kuah kacang, nasi minyak, gulai daging dan daging bakar. Majlis berakhir pada jam 9:00 malam.
Majlis seperti ini dapat mengembirakan pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang beraya dengan keluarga masing-masing di tanah air. InsyaAllah Rumah Iman akan mengadakan lagi program korban pada tahun-tahun akan datang jika ada sumbangan dan bantuan kewangan dari muslimin dan muslimat di tanah air. Rumah Iman mengalu-alukan bantuan kewangan untuk menjayakan program kepada pelajar-pelajar yang berada jauh di rantauan.
Dua gambar di bawah ini adalah AJK Unit Penyiaran bagi sepenjang program raya korban ini.

Sunday, November 22, 2009

Jom Sertai Korban Di Yaman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung muslimin dan muslimat...
Rumah Iman bersama Dapur Iman akan mengadakan majlis korban di Rumah Iman pada hari raya yang ke 3. Kepada sesiapa yang budiman boleh lah menyalurkan kewangan untuk korban di Rumah Iman ini. Kami amat berharap sumbangan dari muslimin dan muslimat yang budiman untuk meraikan mahasiswa Malaysia di Rumah Iman yang tidak pulang ke tanah air.
Jika ingin menyalurkan kewangan sila hubungi ahli Rumah Iman @ ahli Dapur Iman seperti maklumat di bawah;
1. Munzir Bin Sayuti (Ketua Dapur Iman) +967713596983
2. Norsyazly Bin Rameli (Ketua Rumah Iman) +967713573270
3. Khairul Anam Bin Mohd Omar (Pengurus Kewangan Rumah Iman) +967713447967

Urusan Visa Belajar

Baru-baru ini ahli Rumah Iman dengan kerjasama beberapa ahli Dapur Iman telah menabur jasa bakti kepada 13 orang pelajar baru untuk urusan menyambung pengajian dan urusan mendapatkan visa belajar bagi tahun 2010 ini.
Kesemua pelajar ini diterima belajar di Universiti Al-Iman. Seramai 9 orang telah berjaya memperolehi visa belajar bagi tahun 2010 ini. Pengurusan mendapatkan visa belajar bagi 9 orang ini dilakukan oleh ahli lama Rumah Iman. Betapa susahnya pengurusan untuk mendapatkan visa belajar ini. Yang menjadi susah adalah kerana pengurusan arab di sini masih belum kemas dan berperaturan seperti di Malaysia. Alhamdulillah, hari ini 9 orang pelajar baru ini telah memperolehi visa belajar. Semoga mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Semasa bersarapan untuk mengambil tenaga sebelum membuat urusan mendapatkan visa belajar di jawazat (imigration)
Ini adalah ahli lama Rumah Iman yang menolong untuk membuat urusan mendapatkan visa belajar.
Ini adalah semasa menunggu untuk memulakan urusan.
Taklimat untuk mengisi borang permohon visa belajar.Borang dan maklumat peribadi perlu disatukan di dalam fail untuk diserahkan kepada pihak jawazat.alhamdulillah...berjaya memperolehi visa belajar bagi tahun 2010.
Tengah tunggu bas untuk balik setelah memperolehi visa belajar.

Wednesday, November 18, 2009

Diskusi Ilmiah-Sunnah & Bid'ah

Malam tadi di Rumah Iman telah diadakan diskusi ilmiah. Diskusi ini dibentangkan oleh 13 orang pelajar baru. Para pembentang perlu menerangkan tentang Sunnah & Bid'ah berdasarkan dari sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi yang bertajuk As-Sunnah Wal Bid'ah. Diskusi ini dibahagikan kepada 2 episod, ini kerana masa tidak mengizinkan untuk mengkhatamkan kitab tersebut. Malam tadi telah berlangsung episod pertama dan InsyaAllah Jumaat malam Sabtu ini akan berlangsung episod kedua. Diskusi ini dibuat secara ilmiah dan birfikiran terbuka.
InsyaAllah Rumah Iman akan membuat post baru menerangkan tentang apa yang dibahaskan dalam diskusi ini. Nantikan post terbaru kami selepas tamat diskusi ilmiah episod kedua nanti bersama gambar suasana diskusi ini.

Thursday, October 22, 2009

Jalan-jalan bersama pelajar baru

Baru-baru ini, Rumah Iman telah menerima ketibaan pelajar baru seramai 12 beserta 2 orang guru pengiring. Rumah Iman telah merancang membawa rombongan pelajar baru bersama guru pengiring ke beberapa tempat yang terkenal di sekitar Sana'a ini. Antara tempat yang menjadi kunjungan kami adalah Masjid Presiden, Restoran Jazirah, Wadi Zohor dan Darul Hajar.

Di halaman pintu masuk Darul Hajar
Di atas tangga utama Darul Hajar

Halaman luar Darul Hajar

Bergambar sambil bergaya di Wadi Zohor

Bergambar di Wadi Zohor

Semasa lawatan di Universiti Al-Iman

Selepas makan tengahari di Restoran Jazirah

Selepas solat Jumaat di Masjid Presiden

Sunday, September 27, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri

Rumah Duta Besar Malaysia...
Rumah Encik Hamdan (Pegawai Kedutaan)

Program Aidil fitri 1430H

Program Aidil Fitri 1430H adalah anjuran Rumah Iman & Dapur Iman...
Unit Rakaman & Penyiaran...
Bacaan Al-Quran oleh Sdr Idris @ Mamu...
Perasmian Program Aidil Fitri...Dirasmikan oleh Nor Syazli @ Pak Aq selaku ketua Rumah Iman...Rasmi dengan tembakan mercun...
Sebuk basuh ayam & daging untuk dimasak...Daging masak rendang & ayam bakar
Unit Persiapan..Sebuk buat baner untuk program...
Tengah bakar ayam...
Bergaya sambil beraya...
Iklan berantai oleh pelajar MTIDerang (MAMTIY)...
Sajak oleh pelajar MTIDerang (MAMTIY)... Persembahan oleh Warga Dapur Iman...
Sambung cerita...
Nasyid oleh pelajar MTIDerang (MAMTIY)... Berzani & Marhaban oleh Warga Rumah Iman...

Tetamu yang hadir semasa Program Aidil Fitri 1430HSesi menjamu selera dengan berbagai jenis makanan antaranya nasi impit, rendang daging, ayam bakar & kuah kacang...
AJK Program Ramadhan 1430H...

Sebahagian tetamu yang hadir di Program Aidil Fitri...

Labels