Rumah Iman dan Dapur Iman dengan kerjasama dari bait al-hikmah dan bait tishreen telah menjayakan program korban di Rumah Iman. Program korban ini dilaksanakan pada hari bermula dari hari raya kedua. Sebanyak 5 ekor kambing telah dikorbankan. Saudara Taufiq Amini telah memberi seekor kambing sebagai aqiqah anak perempuan beliau, seekor kambing diberi oleh Saudara Nazri, manakala seekor kambing lagi diberi oleh mertua Saudara Nazri dan 2 ekor kambing yang baki telah diberi oleh 2 orang dari Malaysia melalui Saudara Idres.
Pada hari raya ketiga selepas solat zohor, beberapa orang dibahgian membakar telah mula menghidupkan api untuk membakar daging. Selepas Solat Asar, Rumah Iman dipenuhi dengan kehadiran tetamu yang diundang. Majlis Korban 1430H telah bermula sebaik sahaja selepas solat Maghrib. Majlis dipengerusikan oleh Pak Aq. Saudara Osman selaku Pengarah telah menyampaikan beberapa patah ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Korban 1430H. Selepas ucapan pengarah, majlis diteruskan dengan sesi ta'aruf, ini kerana ada diantara tetamu yang hadir saling belum kenal-mengenali. Sebelum menutup majlis, upacara perasmian telah dibuat dengan memotong kek oleh pengarah. Semua tetamu disajikan dengan beberapa jenis makanan seperti nasi impit, kuah kacang, nasi minyak, gulai daging dan daging bakar. Majlis berakhir pada jam 9:00 malam.
Dua gambar di bawah ini adalah AJK Unit Penyiaran bagi sepenjang program raya korban ini.
No comments:
Post a Comment