Thursday, December 3, 2009

Riadhah Hadiqah Thaurah

Pada 01 Disember, Rumah Iman, Dapur Iman dan beberapa orang ahli Bait Tishreen telah menjayakan program Riadhah Hadiqah Thaurah di Hasabah. kami bertolak ke hadiqah (taman permainan) pada jam 10:30 pagi dengan sebuah bas dan sebuah van. Sebaik sahaja tiba di hadiqah, kami diaturkan mengikut kumpulan masing-masing. Seramai hampir 40 orang lebih telah menyertai program ini.
Sebelum solat Zohor, kami disajikan dengan nasi lemak, telur rebus dan sambal merah. Makanan ini dimasak di Rumah Iman sebelum bertolak ke hadiqah.
Program di hadiqah ini diisi dengan beberapa permainan yang dirancang oleh AJK pelaksana program. Terdapat hampir 10 jenis permainan yang laksanakan bermula dari selepas solat zohor sehingga solat asar. Pada jam 5:00 petang kami bertolak pulang. Cuaca ketika itu dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara kami, mengembirakan kami dan mengisi masa cuti kami. InsyaAllah Rumah Iman akan mengadakan lagi program seperti ini di masa akan datang. Rumah Iman mengalu-alukan bantuan kewangan untuk menjayakan program kepada pelajar-pelajar yang berada jauh di rantauan.

No comments:

Powered By Blogger

Labels