Thursday, November 25, 2010

PENYERTAAN FUTSAL



22/11/2010- Rumah Iman berjaya menghantar tiga pasukan untuk bertanding dalam piala futsal peringkat PERMAYA.



Hanya satu pasukan melepasi peringkat suku akhir!


Walaupun tewas di peringkat suku akhir, tujuan dan motif daripada penyertaan ini telah berjaya kerana dapat merapatkan ukhuwwah dan mengenali pelajar-pelajar di sini dengan lebih rapat.

Moga marhalah kita akan terus maju dan meningkat dengan meggabungkan remaja-remaja di sini dalam satu jalan...

Thursday, November 18, 2010

KORBAN IMAN

18/11/2010 -Majlis korban dan aqiqah selamat dilaksanakan di rumah iman pada hari ini. Enam ekor untuk korban dan tiga ekor untuk aqiqah. Terima kasih kepada para penyumbang korban dan aqiqah.



Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)



Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)






TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA..JZKK

Wednesday, November 17, 2010

MOGA DIAMPUNKAN DOSA KITA!

17/11/2010 -Acara yang dimulakan dengan tayangan video oleh akh Anas. Tayangan tentang sketsa umat dan video-video pendek membuka mata semua. Diakhiri selepas selesai solat isyak.





Moga ikhwah terus iltizam!!!

Tuesday, November 16, 2010

AKTIVITI KORBAN

PROGRAM: KORBAN

TARIKH: 17/11/2010

HARI: RABU

TEMPAT: RUMAH IMAN

KETUA PROGRAM: AKH ZULFADHLI


SEMUA IKHWAH DIJEMPUT HADIR. JZKK

Saturday, November 13, 2010

IFTHAR ARAFAH

IFTHOR JAMA'EI PADA HARI ARAFAH

HARI: ISNIN
TARIKH: 15/11/2010
TEMPAT: RUMAH IMAN



KETUA PROGRAM: IKRIMAH

*jika ada sebarang pertanyaan sila rujuk akh Ikrimah. jzkk


Abu-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

Sunday, November 7, 2010

KELAS AL QURAN

HALAQAH AL QURAN

HARI: SABTU, ISNIN, SELASA
WAKTU: SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT: RUMAH IMAN

KEHADIRAN AKAN DITAPIS SELAMA SEMINGGU. HARAP IKHWAH DAPAT ILTIZAM.JZKK

KATIBAH UMUM SEBELUM ZULHIJJAH

5/11/2010- Majlis dibuka dengan bacaan ayat al dan pengisian pertama disampaikan oleh akh Uwais dari indonesia. Tajuknya ialah KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU.



Tazkirah ringkas disampaikan oleh ust jamal selepas solat maghrib.



Pengisian tentang kelebihan 10 awal zulhijjah! Memang bermakna..



Program bermula dari selepas asar hingga pukul 9.00pm. JZKK pada semua yang berkhidmat pada hari itu.
Powered By Blogger

Labels