Thursday, April 29, 2010

Penangguhan Program

Program Pembentangan Kitab Hazaddin yang dijadualkan pada 28 April terpaksa ditangguh kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun program ini tetap akan dijalankan.

Saturday, April 24, 2010

UNIT MULTIMEDIA RUMAH IMAN



Rumah Iman telah mewujudkan Unit Multimedia. Unit ini beroperasi mengendalikan semua jenis penerbitan yang dibuat oleh Rumah Iman, mengendalikan web blog Rumah Iman serta menjalankan tugas merakam dan menyimpan segala aktiviti yang dijalankan. Unit Multimedia ini diwujudkan pada bulan . Unit ini dibawah pengurusan Sdr Khairul Anam selaku ketua unit pengurusan Rumah Iman. InsyaAllah unit ini akan memajukan Rumah Iman dan menyebarkan dakwah di dalam bidang multimedia melalui berbagai cara seperti alam maya dan sebagainya. Semoga semua yang terlibat dalam menjalankan unit ini mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Buku & Video PENGENALAN RUMAH IMAN

Buku & Video PENGENALAN RUMAH IMAN telah dilancarkan oleh Sdr Noorsyazli Bin Rameli atau lebih mesra dengan panggilan Pak Aq. Beliau telah melancarkan buku & video pengenalan semasa Majlis Wida' Bersama Pak Aq & Abg Leh. Buku ini mengandungi maklumat berkenaan Rumah Iman seperti pengenalan kewujudan, carta organisasi, jumlah keahlian, kos perbelanjaan bulanan dan gambar aktiviti yang dijalankan. Buku ini diterbitkan oleh Unit Multimedia Rumah Iman. Buku ini diterbitkan setelah hampir 4 tahun kewujudan Rumah Iman. Semoga Rumah Iman akan terus maju dalam semua aspek seperti dakwah, ukhuwah dan sebagainya.


Kulit depan buku PENGENALAN RUMAH IMAN.


Kulit video DOKUMENTARI PENGENALAN RUMAH IMAN.

Syamlan's Games

(sambungan program katibah Fard Muslim)....

23 April 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah mengadakan program di atas Bukit Syamlan. Progam ini adalah sambungan dari program katibah. Semua ikhwah diminta memanjat Bukit Syamlan kerana program akan diadakan di atas bukit ini. 2 permainan telah diadakan. Semua ikhwah saling bantu membantu untuk naik ke atas bukit ini. Sungguh mencabar untuk menaiki bukit yang berbatu ini. Di sini terbukti pengorbanan membantu ikhwah yang di dalam kesusahan.

Sebaik sahaja semua ikhwah tiba di atas, program dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh Sdr Luqman selaku ketua unit program. Semua ikhwah bersarapan pagi dengan Tamiz dan kuah gulai yang masih berbaki. Permainan pertama dimulakan. Permainan ini tidak diberi nama, cara permainannya adalah dengan membuat satu bulatan yang ahlinya genap dan menyilangkan tangan dengan sesama mereka dan mereka perlu merungkaikan silangan agar menjadi sebuah bulatan. Permainan ini diakhiri dengan semua ikhwah membuat bulatan besar. Permainan kedua telah dijalankan. Permainan kedua ini dinamakan revolusi. Cara permainannya adalah semua ikhwah menjadi telur dan bertukar menjadi ayam dan bertukar menjadi dinosaur dan akhirnya menjadi orang. Untuk bertukar setiap orang perlu 'oo jush' dengan orang yang sama taraf dengannya. Sdr Munzir telah membaca doa sebagai penutup kepada program katibah Fard Muslim. Sebelum ditutup program katibah, Sdr Nuh telah memberi sedikit ucapan selaku pengarah program.

Semua ikhwah yang ada di atas bukit ini mengambil kesempatan untuk gambar beramai-ramai. Selepas sesi gambar beramai-ramai, sesi bergambar mengikut keahlian. Dimulakan dengan ahli Dapur Iman, ahli Rumah Iman dan ahli Sakan Ulum.

Terpancar di muka semua ikhwah sinar kegembiraan dan keletihan. Semoga semua ikhwah yang sertai program katibah ini dapat mengambil apa yang baik buat diri, aqidah dan fikrah mereka.



Semua ikwhah sedang memanjat bukit...walaupun susah tapi tetap bersungguh tanpa berputus asa...Sdr Ammar dengan kain pelekatnya pun boleh sampai ke atas bukit...Ammar power....



Walaupun ada yang lambat dan susah namun saling bantu membantu dapat membawa mereka ke atas bukit....


Sdr Luqman sedang beri ucapan dan penerangan perjalanan program....



Permainan pertama....terpancar sifat ukhuwah dan kerjasama antara ikhwah...bagus2...



Permainan kedua...Revolusi.....


Sdr Munzir sedang membaca doa....


Sesi gambar beramai2.....semangat dengan bendera Malaysia....


Sesi gambar beramai-ramai...ubah posisi....


Ahli Dapur Iman (http://www.dapuriman.blogspot.com/) ....Sdr Ammar dengan aksinya tersendiri....


Ahli Rumah Iman....



Ahli Sakan Ulum....


Sesi menuruni bukit...semua turun dengan kelajuan yang maksima...


Sdr Termizi, Abg Taufiq & Sdr Shafiq turun melalui jalan lain..


Sdr Termizi, Abg Taufiq & Sdr Al-Anam turun laluan lain....

Friday, April 23, 2010

Katibah Fard Muslim

22 April 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah mengadakan program qiam atau katibah. Program ini diberi nama Katibah Fard Muslim dan bertemakan Islah nafsak wad'u ghairak. Seramai 30 orang telah menghadirkan diri untuk program ini. Pengarah program ini adalah Sdr Anas dan Sdr Nuh.
Program bermula dari jam 4.30 petang sehingga 6.15 pagi esoknya. Program bermula dengan penerangan program oleh pengarah, nasihat dari Dr Hasbullah dan pembentangan 5 muwasafat Fard Muslim oleh Sdr Munzir. Sdr Zulfadhli mengetuai bacaan ma'thurat. Solat maghrib diimamkan oleh Sdr Ubadah dan beliau juga penyampai tazkirah maghrib. Semua ikhwah menjamu selera dengan nasi putih dan gulai ayam. Solat Isya' diimamkan oleh Sdr Sholihin dan Sdr Ammar telah menyampaikan tazkirah dengan menceritakan tentang peribadi seorang sahabat. Ust Saiful atau lebih mesra dengan panggilan epol telah memberi penerangan tentang 5 muwasafat Fard Muslim yang akhir. Perbincangan dalam kumpulan telah dibuat. Semua ikhwah diberi kumpulan. Sebanyak 4 kumpulan telah diwujudkan. Setiap kumpulan telah diberikan beberapa permasalahan sesorang yang berkenaan dengan muwasafat fard muslim. Segala jawapan dan langkah-langkah untuk menyelesaikan persoalan dan permasalahan perlu ditulis di atas kertas manila kad. Pada akhir sesi ini diminta kepada semua kumpulan membentangkan langkah-langkah yang diperolehi. Semua ikhwah mula menidurkan diri pada jam 10.30 malam.

Pada jam 4.00 pagi solat qiam didirikan. Sdr Abd Hadi telah mengimamkan solat qiam dan diikuti oleh Sdr Bidin. Sdr Shabri telah mengimamkan Solat Subuh. Sdr Ikrimah telah menyampaikan kuliah berkenaan Wad'u Ghairak. Program diteruskan dengan acara memanjat Bukit Syamlan. (Untuk berita perjalanan program tentang di Bukit Syamlan akan menyusul nanti.)

Abg Taufiq sebagai ketua memasak...kali pertama masak untuk program setelah beberapa bulan tidak turun masak sebab Sdr Mamu ambil alih....

Sdr Anas sedang beri penerangan perjalanan program....

Dr Hasbullah sedang beri nasihat kepada semua ikhwah...

Sdr Munzir (bersama laptop Toshibanya) sedang beri penerangan tentang 5 muwasafat Fard Muslim...

Sdr Zulfadhli (atau lebih dikenali dengan Zuuulaaa) sedang mengetuai bacaan ma'thurat...mcm sedih je zuu...

Semua ikhwah sedang menjamu selera....banyaknya makan?, bagus2...pihak penganjur menganggarkan seramai 40 orang akan hadir, namun seramai 30 oranmg sahaja yang hadir, tu yang makan banyak tu.....

Sdr Ammar sedang mengisahkan peribadi salah seorang sahabat Nabi...

Sdr Saiful atau epol (anak Indonesia) sedang beri penerangan Muwasafat Fard Muslim....

Dua orang pengarah sedang sebuk ....Macam ni la pengarah yang bagus....

Sdr Ammar mewakili kumpulan 4 sedang beri penerangan....Power la penerangan Sdr Ammar....

Sdr Luqman mewakili kumpulan 3...

Sdr Hakim mewakili kumpulan 1....Beliau beri penerangan menggunakan dielek Kelantan....power2 penerangan yang diberikan....

Sdr Ubadah mewakili kumpulan 2....

Sdr Nuh sedang beri penerangan tentang slot perbincangan dalam kumpulan...

Sdr Ikrimah sedang beri kuliah tentang Wad'u Ghairak...bagus, ada tayangan....

Monday, April 19, 2010

3 cara penulisan baru

Pihak pengurus blog Rumah Iman telah mengambil keputusan akan menukarkan tiga cara penulisan khas yang akan digunakan untuk sebarang berita & iklan tentang aktiviti yang akan atau telah dijalankan. Cara penulisan itu adalah;

1. Lokasi Program;
Lama: Rumah Iman (Rumah Munzir).
Baru: Rumah Iman (Program).

2. Anjuran;
Lama: Rumah Iman & Dapur Iman.
Baru: DR Iman.

3. Peserta;
Lama: Ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman & ahli Sakan Ulum.
Baru: Ahli DR Iman & Sakan.


* Sebagai makluman, Rumah Iman mempunyai dua buah rumah, rumah yang dikendalikan oleh Pak Aq digunakan sebagai rumah pengurusan manakala rumah yang dikendalikan oleh Sdr Munzir digunakan sebagai rumah program. Semua program yang dibuat adalah anjuran Rumah Iman dan Dapur Iman. Oleh kerana untuk meringkaskan penulisan maka pihak pengurusan blog rumah telah menetapkan seperti di atas. Diharap selepas ini semua pembaca tidak keliru dan tidak mengelirukan orang lain. DR Iman bermaksud Dapur Iman & Rumah Iman. Tujuan menukar cara penulisan adalah untuk memudahkan dan meringkaskan penulisan sahaja.

Qiamullail

Rumah Iman dan Dapur Iman akan mengadakan program qiam di Rumah Iman Program (Rumah Munzir) pada Khamis ini 22 April 2010. Program Qiam bermula jam 4.30 ptg sehingga 10.00 pagi esoknya. Difahamkan pada pagi esoknya itu akan diadakan permainan di atas Bukit Syamlan. Program Qiam ini diberi nama Katibah Fard Muslim. Program qiam ini dikendalikan oleh Sdr Anas & Sdr Nuh. Kepada semua ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman serta ahli Sakan Ulum diwajibkan menyertai program Qiam ini.

Menghantar Kepulangan Orang Lama

17 April 2010 Sabtu lepas, Mantan Pengurus Rumah Iman iaitu Pak Aq telah meninggalkan bumi hikmah ini. Beliau pulang bersama Sdr Idres atau Mamu, Abg Leh & isteri, Isteri Abg Taufiq dan Syaima anak Abg Taufiq. Dua buah bas telah disewa untuk ke airport. Sebuah bas membawa Pak Aq, Mamu, ahli Rumah Iman dan ahli sakan Ulum di Rumah Iman (Rumah Munzir) manakala sebuah bas lagi membawa Abg Leh dan isteri, Abg Taufiq dan isteri serta anak dan beberapa orang ahli Dapur Iman. Sekitar 40 orang telah menghantar kepulangan mereka.
Mereka pulang dengan penerbangan Gulf Air. Abg Leh dan isterinya ada sedikit masalah, tetapi pada saat akhir sebelum pintu kapal terbang tutup, Abg Leh & isterinya dilepaskan untuk berlepas.
Pak Aq pulang ke tanah air buat pertama kalinya setelah 9 tahun tidak pernah pulang. Beliau telah tamat pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Sana'a. Beliau pernah menjadi pengurus Rumah Iman semenjak rumah ini diwujudkan sehingga awal tahun 2010. Abg Leh pernah menjadi penasihat Rumah Iman. Mereka telah banyak memberi jasa kepada ikhwah di sini. Semoga kepulangan Pak Aq & Abg leh ada penggantinya.


Angkat barang dari rumah Abg Leh.

Nampak mcm Abg Taufiq yang nak balik, tapi isteri dia & Syaima yang nak balik.

Suasana di rumah Abg Leh sebelum bertolak ke airport.

Sdr Mustafid bersalaman dengan Abg Leh.

Suasana dalam bas nak ke airport. Abg Leh tgh sebuk talipon.

Suasana di airport.

Suasana di airport.

Suasana di airport.

Saat-saat akhir Abg Taufiq bermain dengan anaknya Syaima. Nampak kesedihan di muka Abg Taufiq.

Sdr Idres atau Mamu. Mamu pulang ke tanah air atas sebab...tak tau la....datang tak sampai setahun dah balik...

Pak Aq tgh bersalaman dengan salah seorang ikhwah sebelum masuk ke dalam..

Beberapa orang sedang bermainan dengan Syaima. Syaima buat muka pelik jer...

Sunday, April 18, 2010

Tazkirah Mingguan - 15.04.2010

Penceramah: KHAIRUL ANAM BIN MOHD OMAR

Tajuk: ASAS - ASAS ISLAM (FASAL PERTAMA)

- Kenapa agama yang kita anuti ini bernama Islam

- Bagaimanakah nama agama diperolehi.

- Maksud Islam yang diberikan oleh Al-Maududi: Tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan laranganNya tanpa bantahan.

- Semua makhluk Allah adalah Muslim jika dilihat dari definasi yang diberikan oleh Al-Maududi kerana semua makhluk Allah selain syaitan dan sebahagian manusia akan patuh segala arahan Allah.

- Manusia dikeurniakan akal dan nasfu.- Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti sabda Nabi SAW.

- Manusia yang Islam dan menjaga akal dan mengawal nafsu ke arah yang di redhoi Allah dia adalah Muslim yang sebenar.

- Nafsu mempunyai tingkat-tingkat yang tertentu.

- Manusia yang kufur dia dilahirkan dalam kedaan fitrah dan membesar dalam keadaan fitrah, namun dia tidak menggunakan akalnya untuk mengenali Penciptanya dan menggunakan akalnya untuk kebaikan.

- Maksud kafir yang diberikan oleh Al-Maududi adalah tutup, dinding dan terlindung.

- Orang kafir ialah orang yang menutupkan akalnya dari memikir Penciptanya dan mengingkari perintah Allah.

- Kebodohan yang hakiki adalah kufur.

- Kezaliman yang hakiki adalah kufur.

- Maksud zalim yang diberikan oleh Al-Maududi adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau menggunakan sesuatu bukan kerjanya.

- Berbagai faedah yang akan diperolehi oleh semua makhluk dari Islam.

- Islam tidak diberikan kepada sesuatu kaum sahaja malah ia adalah untuk seluruh manusia dan termasuk juga jin.

Liga Bola Sepak

Pada 15 April 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah mengadakan perlawanan Liga Bola Sepak di padang bola Universiti Sana'a. Seramai 36 orang telah menyertai perlawanan ini. Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan bermain 7 sebelah.

Sebelum bermain Sdr Munzir telah menyampaikan sedikit tazkirah ringkas mengingatkan tujuan utama bermain. Program ini bermula jam 6.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi.

Sdr Luqman dan Sdr Mustafid adalah pengurus program ini.



Sdr Syauqi salah seorang pengulas.

Labels