Saturday, April 3, 2010

Tazkirah Mingguan - 01.04.2010

PENCERAMAH: Mohd Munzir Sayuti
TAJUK: Pengajaran dari kisah Nabi Adam AS (dari tafsiran ayat)

· Sifat ingkar dan takabbur boleh membawa kepada kekufuran.
· Perkataan “aku lebih baik darimu” merupakan salah satu pintu untuk kemasukan syaitan ke dalam manusia.
· Perkara unsuriah boleh membawa kepada taasub.
· Istilah yang digunakan untuk Taasub semestinya tidak disandarkan kepada perkara yang baik. Jika kita bersandar kepada Islam ia dinamakan ittiba’ atau iqtidho’.
· Penilaian terhadap sesuatu mestilah berdasarkan syariat dan perintah Allah bukan mengikut hawa nafsu.
· Sifat takabbur menyebabkan seseorang dipandang hina.
· Allah SWT menangguhkan azab kepada iblis sehingga hari kiamat.
· Janji iblis dengan Allah adalah untuk menyesatkan manusia.
· Taklif iblis menyesatkan umat manusia dengan menggunakan pelbagai cara.
· Harta dan anak adalah fitnah kepada kita.

No comments:

Powered By Blogger

Labels