Sunday, December 12, 2010

HALAQAH QURAN


Halaqah quran mingguan berjalan dengan baik selepas cuti aidil adha. Bacaan dan hafalan para pelajar dapat dibaiki dan ditingkatkan dengan bimbingan ustaz Mujahid.



Walaupun seminggu hanya tiga kali, namun iltizam dan istiqomah para peserta akan membentuk disiplin dalam pengajian.

Kita berharap dapat melahirkan para huffaz seiring dengan pembinaan syakhsiah yang diterapkan.


WAKTU PENGAJIAN:

Hari: Sabtu, Isnin, Rabu
Waktu: 4.30am - 5.30am
Tempat: Rumah Iman



Friday, December 3, 2010

SATUKAN TUJUAN

3/12/2010- Malam taklimat motivasi untuk menyatukan dan memperbaharui matlamat di bumi Yaman yang telah disampaikan oleh Dr. Hasbullah dengan harapan dapat membuka mata para pelajar di kalangan ikhwah yang menetap di rumah iman supaya lebih fokus dalam pengajian dan pembinaan syakhsiah islamiah.

Penerangan tentang agenda umat dan tujuan manusia diciptakan menjadi asas untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.

Peranan remaja perlu menjadi benteng untuk membela dan memperjuangkan Islam di setiap zaman.



Suasana di dalam rumah iman perlu dijaga agar pembinaan peribadi muslim terjamin.


Penekanan terhadap solat pada waktunya amat penting kerana ia merupakan rukun asas di dalam pembentukan diri.

Kedatangan halaqah al quran dan kelas bahasa arab di ambil kira untuk meningkatkan kemampuan ikhwah yang tinggal di rumah iman.


Thursday, November 25, 2010

PENYERTAAN FUTSAL



22/11/2010- Rumah Iman berjaya menghantar tiga pasukan untuk bertanding dalam piala futsal peringkat PERMAYA.



Hanya satu pasukan melepasi peringkat suku akhir!


Walaupun tewas di peringkat suku akhir, tujuan dan motif daripada penyertaan ini telah berjaya kerana dapat merapatkan ukhuwwah dan mengenali pelajar-pelajar di sini dengan lebih rapat.

Moga marhalah kita akan terus maju dan meningkat dengan meggabungkan remaja-remaja di sini dalam satu jalan...

Thursday, November 18, 2010

KORBAN IMAN

18/11/2010 -Majlis korban dan aqiqah selamat dilaksanakan di rumah iman pada hari ini. Enam ekor untuk korban dan tiga ekor untuk aqiqah. Terima kasih kepada para penyumbang korban dan aqiqah.



Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)



Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)






TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA..JZKK

Wednesday, November 17, 2010

MOGA DIAMPUNKAN DOSA KITA!

17/11/2010 -Acara yang dimulakan dengan tayangan video oleh akh Anas. Tayangan tentang sketsa umat dan video-video pendek membuka mata semua. Diakhiri selepas selesai solat isyak.





Moga ikhwah terus iltizam!!!

Tuesday, November 16, 2010

AKTIVITI KORBAN

PROGRAM: KORBAN

TARIKH: 17/11/2010

HARI: RABU

TEMPAT: RUMAH IMAN

KETUA PROGRAM: AKH ZULFADHLI


SEMUA IKHWAH DIJEMPUT HADIR. JZKK

Saturday, November 13, 2010

IFTHAR ARAFAH

IFTHOR JAMA'EI PADA HARI ARAFAH

HARI: ISNIN
TARIKH: 15/11/2010
TEMPAT: RUMAH IMAN



KETUA PROGRAM: IKRIMAH

*jika ada sebarang pertanyaan sila rujuk akh Ikrimah. jzkk


Abu-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

Sunday, November 7, 2010

KELAS AL QURAN

HALAQAH AL QURAN

HARI: SABTU, ISNIN, SELASA
WAKTU: SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT: RUMAH IMAN

KEHADIRAN AKAN DITAPIS SELAMA SEMINGGU. HARAP IKHWAH DAPAT ILTIZAM.JZKK

KATIBAH UMUM SEBELUM ZULHIJJAH

5/11/2010- Majlis dibuka dengan bacaan ayat al dan pengisian pertama disampaikan oleh akh Uwais dari indonesia. Tajuknya ialah KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU.



Tazkirah ringkas disampaikan oleh ust jamal selepas solat maghrib.



Pengisian tentang kelebihan 10 awal zulhijjah! Memang bermakna..



Program bermula dari selepas asar hingga pukul 9.00pm. JZKK pada semua yang berkhidmat pada hari itu.

Thursday, October 28, 2010

KELAS BAHASA ARAB

PROGRAM: KELAS BAHASA ARAB
HARI: AHAD, ISNIN, KHAMIS
WAKTU: SELEPAS MAGHRIB SELAMA SEJAM
TEMPAT: RUMAH IMAN
TENAGA PENGAJAR: UST WAHID(YAMAN)

Kelas akan bermula hari sabtu ini pada 30/10/2010

Harap kepada ikhwah yang telah mendaftar nama dapat iltizam dengan kelas yang diadakan. tolong beritahu kepada ikhwah yang lain. jzkk

Sunday, October 24, 2010

Kesyumulan Islam


Alhamdulillah dengan izin Allah video Fikrah Iman pertama berjaya di'upload' ke youtube.com

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Allahu Akbar wa Lillahil hamd.

part1



part2


Saturday, October 16, 2010

BEDAH KITAB

15/10/2010 - Alhamdulillah. Sekali lagi kita berjaya menghabiskan bacaan kitab karangan sheikh majdi hilali yang bertajuk "JALAN MENUJU RABBANIYAH"

Aktiviti ini bermula daripada bulan ramadhan dan dilanjutkan sehingga selepas ramadhan. Pembentangan adalah dari semua kumpulan yang dibahagikan oleh ketua program iaitu akhi Zainal Abidin.


Wednesday, October 13, 2010

AHLAN WASAHLAN!

3/10/2010 - Rumah iman menerima pelajar-pelajar yang baru tiba ke bumi yaman. kedatangan mereka seramai 14 orang pelajar diiringi oleh ust Ali Fathullah dan pakcik Abu Bakar.

Persembahan nasyid selepas majlis taaruf menggamit suasana menambah mesra. Penyertaan dari pelajar-pelajar yang baru tiba amat meriah dengan mendendangkan nasyid islami iaitu bingkai kehidupan dan untukmu palestina.



Selingan ucapan dan taujihat daripada ustaz ali. Amat bermakna apabila beliau menyentuh tentang ukhuwwah islamiyah yang perlu berasaskan keimanan dan kekuatan silah dengan tuhan.


Sempat lagi beriadah bersama pelajar-pelajar lama di padang syamlan.



Acara mendaki bukit syamlan walaupun tak tinggi sangat.



Monday, October 11, 2010

Syazwan Nizar Pulang Ke Malaysia

Syazwan Nizar salah seorang dari ahli Rumah Iman telah pulang ke tanah air pada 11 Oktober baru ini. Semoga selamat tiba di tanah air.







gambar bersama dua orang ahli rumah


Antara yang menghantar beliau di aiport

Tuesday, October 5, 2010

Buat Banner Majlis Raya

Minta maaf sebab lambat uploadkan gambar sepanjang proses banner raya....lihatlah bagaimana petugas sukarelawan menyiapkan banner untuk majlis raya yang lalu....

Kelebihan teknologi terkini dimanfaatkan....terima kasih kepada penyumbang projekter, kalau tada projekter, rasanya mungkin banner raya tahun ni tidak semeriah begini....

























Sdr Ikrimah sdg melekatkan tema untuk majlis raya....
Ini lah banner untuk Majlis Raya tahun ni yang dihasilkan oleh beberapa orang sahaja selama beberapa hari...terima kasih kepada petugas-petugas yang bertungkus lumus menyiapkan banner ini....
Powered By Blogger

Labels