Sunday, August 15, 2010

Program Berbuka Puasa Harian

Pada 1 Ramadhan, telah bermula iftar harian yang dianjurkan oleh Dapur Iman dan Rumah Iman. Iftar ini diadakan setiap hari bermula dari pukul 5.15 petang bertempat di Dapur Iman. Peserta yang mengambil bahagian dalam program iftar harian ini seramai 30 orang pelajar Universiti Iman.


Lauk ayam kari

Antara program yang dianjurkan pada program harian ini adalah tazkirah yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Iman, ma'thurat, dan diikuti dengan iftar secara beramai-ramai.



Berbuka dengan makanan ringan sebelum solat maghrib

Jadual memasak pula dibahagikan sama rata antara semua peserta. Oleh itu, peserta yang ditugaskan untuk memasak pada hari itu perlu memasak makanan berbuka puasa bermula dari selepas asar.



ikhwah sedang khusyu' berdoa

Aktiviti ini diharapkan dapat menambah ukhuwwah sesama peserta serta memberi peluang kepada semua peserta untuk beramal pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Disamping itu, kita mengharapkan pertemuan-pertemuan yang penuh bermanfaat ini dirahmati oleh Allah dan diambil kira sebagai timbangan yang baik pada Hari Akhirat kelak. Moga kita semua menjadi saksi kepada pertemuan-pertemuan yang berukhuwwah ini.

No comments:

Powered By Blogger

Labels