Wednesday, July 21, 2010

Pindah Rumah & Ketua Baru

Pada 17 Julai 2010 baru-baru ini, Rumah Iman telah membuat keputusan untuk meninggalkan sebuah rumah yang digunakan untuk pengurusan kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi untuk menampung kos penyewaan rumah itu. Operasi pindah telah dibuat oleh ahli Rumah Iman yang seramai 6 orang secara beransur-ansur beberapa hari. Rumah itu telah disewa hampir 4 tahun, namun terpaksa ditinggalkan kerana masalah kewangan. Berbagai kenangan pahit manis yang dilalui selama berada di rumah itu. Kini Rumah Iman hanya menyewa sebuah rumah sahaja dan telah disewa selama 7 bulan. Rumah yang sekarang keluasaannya agak besar jika berbanding dengan rumah yang dahulu.

Pada tarikh yang sama juga, telah dibuat perlantikan ketua rumah yang baru iaitu Sdr Khairul Anam dilantik menjadi ketua Rumah Iman bagi menggantikan Sdr Munzir yang mempunyai tugas lain. Ketua Rumah Iman semenjak diwujudkan iaitu pada Jun 2006 adalah Sdr Yusuf, Sdr Taufiq Amini, Sdr Noorsyazly (Pak Aq), Sdr Munzir dan Sdr Khairul Anam.
Semoga Rumah Iman terus maju dalam semua matlamatnya.


Inilah rumah yang terpaksa ditinggalkan setelah menyewa hampir setengah dekad...Rumah ni adalah rumah kedua yg disewa dan paling lama disewa oleh Rumah Iman...Selamat tinggal rumah.....

Sdr Khairul Anam sedang merakam setiap ruang rumah untuk kenangan terakhir.

Sdr Nizar antara ahli rumah yang turut serta dalam operasi pindah ini.

Sdr Ibrahim juga salah seorang ahli rumah yg bersama dalam operasi pindah.Barang-barang yg telah siap di bungkus untuk diangkat oleh anggota operasi.

Ni sebahagian barang yg kena angkat..banyak lagi nak kena angkat....

Kereta hak milik Rumah Iman ini banyak berjasa semasa operasi pindah berjalan....
Sdr Khairul Anam sempat bergambar sebelum mula angkat barang.....
Sdr Hakim sedang membuka katil...nampak macam teruk jer tu...
Sdr Nizar (yg berbaju merah) dan Sdr Termizi sedang membuka katil...
Keadaan sebahagian dari anggota operasi pindah rumah selepas membersihkan rumah dan sebelum mula pindah barang....Apa yg Nizar sedang rakam tu? Termizi & Hakim pulak tengah buat apa tu?
Ini ketika mahu simpan besi katil di tingkat atas rumah. Semua ahli rumah bersama dalam operasi ini.... Hakim & Baem tu tarik elok-elok yer nanti rosak pulak besi katil tu....Nizar tu pegang apa lagi besi tu, kan besi tu dah ditarik? Mizi tengok jer? ni lah waktu rehat sebentar sebab penatkan?
Sdr Hakim & Sdr Ibrahim sedang membawa mesin basuh dan tilam..hati-hati bawa tu nanti jatuh pulak...
Sdr Ibrahim sedang merentasi takungan air...Tak berapa saat lepas ambil gambar ni, barang tu pun jatuh sbb terlanggar batu....habis semua barang tu dimasuki air...tak sempat nak ambil gambar masa jatuh sbb nak kena angkat barang tu....
Memang sungguh meletihkan sebab angkat barang secara beransur-ansur sebab anggota yg terlibat dalam operasi ni hanya 6 orang sahaja, yang lain semua periksa akhir tahun...Selain dari ahli rumah, ada juga mantan ahli Rumah Iman yg turut serta dlm operasi ini. Mereka seramai 3 orang...
Apa pun, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota yg terlibat dalam operasi ini....

No comments:

Powered By Blogger

Labels