INTENSIF
Thursday, April 29, 2010
Penangguhan Program
Saturday, April 24, 2010
UNIT MULTIMEDIA RUMAH IMAN

Rumah Iman telah mewujudkan Unit Multimedia. Unit ini beroperasi mengendalikan semua jenis penerbitan yang dibuat oleh Rumah Iman, mengendalikan web blog Rumah Iman serta menjalankan tugas merakam dan menyimpan segala aktiviti yang dijalankan. Unit Multimedia ini diwujudkan pada bulan . Unit ini dibawah pengurusan Sdr Khairul Anam selaku ketua unit pengurusan Rumah Iman. InsyaAllah unit ini akan memajukan Rumah Iman dan menyebarkan dakwah di dalam bidang multimedia melalui berbagai cara seperti alam maya dan sebagainya. Semoga semua yang terlibat dalam menjalankan unit ini mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Buku & Video PENGENALAN RUMAH IMAN

Syamlan's Games
23 April 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah mengadakan program di atas Bukit Syamlan. Progam ini adalah sambungan dari program katibah. Semua ikhwah diminta memanjat Bukit Syamlan kerana program akan diadakan di atas bukit ini. 2 permainan telah diadakan. Semua ikhwah saling bantu membantu untuk naik ke atas bukit ini. Sungguh mencabar untuk menaiki bukit yang berbatu ini. Di sini terbukti pengorbanan membantu ikhwah yang di dalam kesusahan.
Sebaik sahaja semua ikhwah tiba di atas, program dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh Sdr Luqman selaku ketua unit program. Semua ikhwah bersarapan pagi dengan Tamiz dan kuah gulai yang masih berbaki. Permainan pertama dimulakan. Permainan ini tidak diberi nama, cara permainannya adalah dengan membuat satu bulatan yang ahlinya genap dan menyilangkan tangan dengan sesama mereka dan mereka perlu merungkaikan silangan agar menjadi sebuah bulatan. Permainan ini diakhiri dengan semua ikhwah membuat bulatan besar. Permainan kedua telah dijalankan. Permainan kedua ini dinamakan revolusi. Cara permainannya adalah semua ikhwah menjadi telur dan bertukar menjadi ayam dan bertukar menjadi dinosaur dan akhirnya menjadi orang. Untuk bertukar setiap orang perlu 'oo jush' dengan orang yang sama taraf dengannya. Sdr Munzir telah membaca doa sebagai penutup kepada program katibah Fard Muslim. Sebelum ditutup program katibah, Sdr Nuh telah memberi sedikit ucapan selaku pengarah program.
Semua ikhwah yang ada di atas bukit ini mengambil kesempatan untuk gambar beramai-ramai. Selepas sesi gambar beramai-ramai, sesi bergambar mengikut keahlian. Dimulakan dengan ahli Dapur Iman, ahli Rumah Iman dan ahli Sakan Ulum.
Terpancar di muka semua ikhwah sinar kegembiraan dan keletihan. Semoga semua ikhwah yang sertai program katibah ini dapat mengambil apa yang baik buat diri, aqidah dan fikrah mereka.
Friday, April 23, 2010
Katibah Fard Muslim
Program bermula dari jam 4.30 petang sehingga 6.15 pagi esoknya. Program bermula dengan penerangan program oleh pengarah, nasihat dari Dr Hasbullah dan pembentangan 5 muwasafat Fard Muslim oleh Sdr Munzir. Sdr Zulfadhli mengetuai bacaan ma'thurat. Solat maghrib diimamkan oleh Sdr Ubadah dan beliau juga penyampai tazkirah maghrib. Semua ikhwah menjamu selera dengan nasi putih dan gulai ayam. Solat Isya' diimamkan oleh Sdr Sholihin dan Sdr Ammar telah menyampaikan tazkirah dengan menceritakan tentang peribadi seorang sahabat. Ust Saiful atau lebih mesra dengan panggilan epol telah memberi penerangan tentang 5 muwasafat Fard Muslim yang akhir. Perbincangan dalam kumpulan telah dibuat. Semua ikhwah diberi kumpulan. Sebanyak 4 kumpulan telah diwujudkan. Setiap kumpulan telah diberikan beberapa permasalahan sesorang yang berkenaan dengan muwasafat fard muslim. Segala jawapan dan langkah-langkah untuk menyelesaikan persoalan dan permasalahan perlu ditulis di atas kertas manila kad. Pada akhir sesi ini diminta kepada semua kumpulan membentangkan langkah-langkah yang diperolehi. Semua ikhwah mula menidurkan diri pada jam 10.30 malam.
Pada jam 4.00 pagi solat qiam didirikan. Sdr Abd Hadi telah mengimamkan solat qiam dan diikuti oleh Sdr Bidin. Sdr Shabri telah mengimamkan Solat Subuh. Sdr Ikrimah telah menyampaikan kuliah berkenaan Wad'u Ghairak. Program diteruskan dengan acara memanjat Bukit Syamlan. (Untuk berita perjalanan program tentang di Bukit Syamlan akan menyusul nanti.)
Monday, April 19, 2010
3 cara penulisan baru
1. Lokasi Program;
Lama: Rumah Iman (Rumah Munzir).
Baru: Rumah Iman (Program).
2. Anjuran;
Lama: Rumah Iman & Dapur Iman.
Baru: DR Iman.
3. Peserta;
Lama: Ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman & ahli Sakan Ulum.
Baru: Ahli DR Iman & Sakan.
* Sebagai makluman, Rumah Iman mempunyai dua buah rumah, rumah yang dikendalikan oleh Pak Aq digunakan sebagai rumah pengurusan manakala rumah yang dikendalikan oleh Sdr Munzir digunakan sebagai rumah program. Semua program yang dibuat adalah anjuran Rumah Iman dan Dapur Iman. Oleh kerana untuk meringkaskan penulisan maka pihak pengurusan blog rumah telah menetapkan seperti di atas. Diharap selepas ini semua pembaca tidak keliru dan tidak mengelirukan orang lain. DR Iman bermaksud Dapur Iman & Rumah Iman. Tujuan menukar cara penulisan adalah untuk memudahkan dan meringkaskan penulisan sahaja.
Qiamullail
Menghantar Kepulangan Orang Lama
Mereka pulang dengan penerbangan Gulf Air. Abg Leh dan isterinya ada sedikit masalah, tetapi pada saat akhir sebelum pintu kapal terbang tutup, Abg Leh & isterinya dilepaskan untuk berlepas.
Pak Aq pulang ke tanah air buat pertama kalinya setelah 9 tahun tidak pernah pulang. Beliau telah tamat pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Sana'a. Beliau pernah menjadi pengurus Rumah Iman semenjak rumah ini diwujudkan sehingga awal tahun 2010. Abg Leh pernah menjadi penasihat Rumah Iman. Mereka telah banyak memberi jasa kepada ikhwah di sini. Semoga kepulangan Pak Aq & Abg leh ada penggantinya.



Sunday, April 18, 2010
Tazkirah Mingguan - 15.04.2010
Penceramah: KHAIRUL ANAM BIN MOHD OMAR
Tajuk: ASAS - ASAS ISLAM (FASAL PERTAMA)
- Kenapa agama yang kita anuti ini bernama Islam
- Bagaimanakah nama agama diperolehi.
- Maksud Islam yang diberikan oleh Al-Maududi: Tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan laranganNya tanpa bantahan.
- Semua makhluk Allah adalah Muslim jika dilihat dari definasi yang diberikan oleh Al-Maududi kerana semua makhluk Allah selain syaitan dan sebahagian manusia akan patuh segala arahan Allah.
- Manusia dikeurniakan akal dan nasfu.- Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti sabda Nabi SAW.
- Manusia yang Islam dan menjaga akal dan mengawal nafsu ke arah yang di redhoi Allah dia adalah Muslim yang sebenar.
- Nafsu mempunyai tingkat-tingkat yang tertentu.
- Manusia yang kufur dia dilahirkan dalam kedaan fitrah dan membesar dalam keadaan fitrah, namun dia tidak menggunakan akalnya untuk mengenali Penciptanya dan menggunakan akalnya untuk kebaikan.
- Maksud kafir yang diberikan oleh Al-Maududi adalah tutup, dinding dan terlindung.
- Orang kafir ialah orang yang menutupkan akalnya dari memikir Penciptanya dan mengingkari perintah Allah.
- Kebodohan yang hakiki adalah kufur.
- Kezaliman yang hakiki adalah kufur.
- Maksud zalim yang diberikan oleh Al-Maududi adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau menggunakan sesuatu bukan kerjanya.
- Berbagai faedah yang akan diperolehi oleh semua makhluk dari Islam.
- Islam tidak diberikan kepada sesuatu kaum sahaja malah ia adalah untuk seluruh manusia dan termasuk juga jin.
Liga Bola Sepak


Sebelum bermain Sdr Munzir telah menyampaikan sedikit tazkirah ringkas mengingatkan tujuan utama bermain. Program ini bermula jam 6.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi.

Sdr Luqman dan Sdr Mustafid adalah pengurus program ini.


Sdr Syauqi salah seorang pengulas.