Thursday, January 27, 2011

LIQO' GABUNGAN UMUM 2

oleh: Anas


Pada 26 Januari 2011 (Rabu) tempoh hari, berlangsungnya program umum mingguan buat kali yang ke-2 anjuran Rumah Iman. Program dijalankan di rumah Iman bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir 1 jam 30 minit selepas itu. Seramai 16 orang peserta yang menyertai program umum kali ini.

Tema program umum kali ini adalah “ Hubungkan hatimu dengan Allah ” yang dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti menarik. Program dimulakan dengan permainan simbolik yang dimainkan sendiri oleh peserta. Permainan itu dikendalikan Akhi Nuh dan Ubadah.

Simbolik yang ingin disampaikan adalah, hidup ini penuh dengan pilihan-pilihan. Tiada paksaan dalam memilih. Baik atau buruk. Fitrah atau nafsu. Dan pentingnya kita mengenal Allah s.w.t dan berusaha untuk sentiasa hampir denganNya.

Setelah selesai penerangan dari Akh yang bertanggungjawab, peserta disajikan makan malam yang disediakan khas tukang masak yang di’import’ dari Dapur Iman iaitu Akhi Ammar dan Zulfadhli. Bukan main sedap dan istimewa lagi.

Selepas menjamah santapan jasmani, peserta disajikan pula dengan hidangan rohani yang disampaikan Akhi Zainal Abidin. Pengisian yang menekankan kepentingan mengetahui dan seterusnya menjaga hak-hak Allah ke atas kita. Sirah, hadis Nabawi dan kisah sahabat r.a. diselitkan dalam pengisian.


Program diakhiri dengan kesimpulan dan tausiyah amaliyah yang disampaikan Akhi Anas. Para peserta disarankan supaya menjaga solat fardhu 5 waktu sebaik yang mungkin dan ianya akan dipantau dari masa ke masa. Program diakhiri dengan Tasbih kafarah dan peserta bersurai tepat jam 9.30 malam.

Akhir kalam, Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat demi menjayakan program umum kali ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya. Wallahu ‘alam.

No comments:

Powered By Blogger

Labels