Wednesday, January 12, 2011

LIQO' GABUNGAN UMUM 1

oleh: Anas

Buat yang pertama kalinya, Rumah Iman telah menganjurkan sebuah program umum mingguan pada 12 Januari 2011 yang lalu. Program diadakan di Rumah Iman bermula jam 7.45 malam hingga jam 9.15 malam. Seramai 21 orang peserta telah menyertai program umum ini.

Tema program umum minggu ini adalah “ Penyucian Hati ”. Program dimulakan dengan taklimat pembukaan oleh akhi Ubadah. Seterusnya diteruskan dengan acara permainan ala-ala sukaneka yang dikendalikan oleh akhi Anas.

Terdapat simbolik yang ingin disampaikan kepada para peserta. Antara ialah : Hati mudah dicemari dengan dosa-dosa dan tiada manusia yang tidak berdosa. Menjadi kewajipan kita untuk sentiasa menyucikan hati dan bersama dengan bi’ah (suasana ) yang solehah.

Selesai penerangan dari Akh yang bertanggungjawab, hidangan makan malam disajikan kepada para peserta. Lauk Gulai ayam menjadi santapan ramai.

Setelah itu, diadakan pengisian bertajuk “ Penyucian Hati “ oleh Akhi Munzir yang menerangkan cara-cara merealisasikan tajuk ini secara praktikal. Seusai pengisian itu, peserta berkesempatan melihat sebuah tayangan video yang berkaitan tipu daya syaitan dan godaannya.

Program diakhiri dengan penggulungan oleh Akhi Ubadah. Tugasan diberikan kepada setiap peserta. Peserta diminta untuk menghafaz hadis ke-6 yang dipetik dari Hadis 40 Imam Nawawi. Peserta akan ditasmi’ oleh pemantau setiap kumpulan minggu akan datang.

Akhir kalam, Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program umum mingguan ini. Semoga ianya dapat diteruskan 2 minggu yang berikutnya. Wallahu ‘alam.


No comments:

Labels