Wednesday, January 12, 2011

LIQO' GABUNGAN UMUM 1

oleh: Anas

Buat yang pertama kalinya, Rumah Iman telah menganjurkan sebuah program umum mingguan pada 12 Januari 2011 yang lalu. Program diadakan di Rumah Iman bermula jam 7.45 malam hingga jam 9.15 malam. Seramai 21 orang peserta telah menyertai program umum ini.

Tema program umum minggu ini adalah “ Penyucian Hati ”. Program dimulakan dengan taklimat pembukaan oleh akhi Ubadah. Seterusnya diteruskan dengan acara permainan ala-ala sukaneka yang dikendalikan oleh akhi Anas.

Terdapat simbolik yang ingin disampaikan kepada para peserta. Antara ialah : Hati mudah dicemari dengan dosa-dosa dan tiada manusia yang tidak berdosa. Menjadi kewajipan kita untuk sentiasa menyucikan hati dan bersama dengan bi’ah (suasana ) yang solehah.

Selesai penerangan dari Akh yang bertanggungjawab, hidangan makan malam disajikan kepada para peserta. Lauk Gulai ayam menjadi santapan ramai.

Setelah itu, diadakan pengisian bertajuk “ Penyucian Hati “ oleh Akhi Munzir yang menerangkan cara-cara merealisasikan tajuk ini secara praktikal. Seusai pengisian itu, peserta berkesempatan melihat sebuah tayangan video yang berkaitan tipu daya syaitan dan godaannya.

Program diakhiri dengan penggulungan oleh Akhi Ubadah. Tugasan diberikan kepada setiap peserta. Peserta diminta untuk menghafaz hadis ke-6 yang dipetik dari Hadis 40 Imam Nawawi. Peserta akan ditasmi’ oleh pemantau setiap kumpulan minggu akan datang.

Akhir kalam, Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program umum mingguan ini. Semoga ianya dapat diteruskan 2 minggu yang berikutnya. Wallahu ‘alam.


Sunday, January 2, 2011

PENGISIAN UMUM

31/12/2010- Penutup tirai tahun 2010 Rumah Iman deserikan dengan pengisian umum yang disampaikan oleh dr sulaiman. Beliau yang merupakan salah seorang ikhwah dari Johor mengambil kesempatan atas kedatangannya ke Yaman untuk berkongsi latar belakang dan sejarah dakwah di Malaysia.

Asal usulnya sudah pasti bermula dari gerakan dan perkembangan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berjuang menegakkan Islam.

Langkah-langkah yang menyusuli perjuangan islam yang tidak statik berkembang meluas hingga melangkau sempadan-sempadan wilayah dan kawasan.

Semuanya adalah hasil daripada penggerak-penggerak Islam yang beriman dan mampu untuk memimpin masyarakat dunia.



Kesedaran tentang hakikat musuh-musuh Islam dan perancangan mereka amat penting sebagai punca dan sebab untuk menyekat jalan-jalan kekufuran.

Ucapan jutaan terima kasih kepada dr Sulaiman dan mereka yang dapat memberikan kerjasama pada malam itu.

Sunday, December 12, 2010

HALAQAH QURAN


Halaqah quran mingguan berjalan dengan baik selepas cuti aidil adha. Bacaan dan hafalan para pelajar dapat dibaiki dan ditingkatkan dengan bimbingan ustaz Mujahid.



Walaupun seminggu hanya tiga kali, namun iltizam dan istiqomah para peserta akan membentuk disiplin dalam pengajian.

Kita berharap dapat melahirkan para huffaz seiring dengan pembinaan syakhsiah yang diterapkan.


WAKTU PENGAJIAN:

Hari: Sabtu, Isnin, Rabu
Waktu: 4.30am - 5.30am
Tempat: Rumah Iman



Friday, December 3, 2010

SATUKAN TUJUAN

3/12/2010- Malam taklimat motivasi untuk menyatukan dan memperbaharui matlamat di bumi Yaman yang telah disampaikan oleh Dr. Hasbullah dengan harapan dapat membuka mata para pelajar di kalangan ikhwah yang menetap di rumah iman supaya lebih fokus dalam pengajian dan pembinaan syakhsiah islamiah.

Penerangan tentang agenda umat dan tujuan manusia diciptakan menjadi asas untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.

Peranan remaja perlu menjadi benteng untuk membela dan memperjuangkan Islam di setiap zaman.



Suasana di dalam rumah iman perlu dijaga agar pembinaan peribadi muslim terjamin.


Penekanan terhadap solat pada waktunya amat penting kerana ia merupakan rukun asas di dalam pembentukan diri.

Kedatangan halaqah al quran dan kelas bahasa arab di ambil kira untuk meningkatkan kemampuan ikhwah yang tinggal di rumah iman.


Powered By Blogger

Labels