Sunday, April 18, 2010

Tazkirah Mingguan - 15.04.2010

Penceramah: KHAIRUL ANAM BIN MOHD OMAR

Tajuk: ASAS - ASAS ISLAM (FASAL PERTAMA)

- Kenapa agama yang kita anuti ini bernama Islam

- Bagaimanakah nama agama diperolehi.

- Maksud Islam yang diberikan oleh Al-Maududi: Tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan laranganNya tanpa bantahan.

- Semua makhluk Allah adalah Muslim jika dilihat dari definasi yang diberikan oleh Al-Maududi kerana semua makhluk Allah selain syaitan dan sebahagian manusia akan patuh segala arahan Allah.

- Manusia dikeurniakan akal dan nasfu.- Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti sabda Nabi SAW.

- Manusia yang Islam dan menjaga akal dan mengawal nafsu ke arah yang di redhoi Allah dia adalah Muslim yang sebenar.

- Nafsu mempunyai tingkat-tingkat yang tertentu.

- Manusia yang kufur dia dilahirkan dalam kedaan fitrah dan membesar dalam keadaan fitrah, namun dia tidak menggunakan akalnya untuk mengenali Penciptanya dan menggunakan akalnya untuk kebaikan.

- Maksud kafir yang diberikan oleh Al-Maududi adalah tutup, dinding dan terlindung.

- Orang kafir ialah orang yang menutupkan akalnya dari memikir Penciptanya dan mengingkari perintah Allah.

- Kebodohan yang hakiki adalah kufur.

- Kezaliman yang hakiki adalah kufur.

- Maksud zalim yang diberikan oleh Al-Maududi adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau menggunakan sesuatu bukan kerjanya.

- Berbagai faedah yang akan diperolehi oleh semua makhluk dari Islam.

- Islam tidak diberikan kepada sesuatu kaum sahaja malah ia adalah untuk seluruh manusia dan termasuk juga jin.

Liga Bola Sepak

Pada 15 April 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah mengadakan perlawanan Liga Bola Sepak di padang bola Universiti Sana'a. Seramai 36 orang telah menyertai perlawanan ini. Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan bermain 7 sebelah.

Sebelum bermain Sdr Munzir telah menyampaikan sedikit tazkirah ringkas mengingatkan tujuan utama bermain. Program ini bermula jam 6.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi.

Sdr Luqman dan Sdr Mustafid adalah pengurus program ini.



Sdr Syauqi salah seorang pengulas.

Majlis Wida' Bersama Pak Aq & Abg Leh

Pada 15 April 2010, Rumah Iman bersama Dapur Iman telah mengadakan Majlis Wida' Bersama Pak Aq & Abg Leh. program ini dikendalikan oleh Sdr Khairul Anam selaku pengarah program ini.
Pada jam 1.00 petang petugas memasak mula kerja mereka. Mereka menyediakan makanan sebanyak 3 mata iaitu daging gulai, sotong merah dan ayam kicap.
Selepas solat Maghrib semua peserta menjamu selera. Selepas solat Isya majlis pun bermula.
Majlis ini dipengurusikan oleh Sdr Zulfadhli dan Sdr Mustafid.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr Shabri. Ucapan demi ucapan telah diberikan.
Ucapan dari Pengurus Rumah Iman iaitu Sdr Munzir,
Ucapan dari Pengurus Dapur Iman iaitu Sdr Ammar,
Ucapan dari Wakil Orang Lama iaitu Sdr Taufiq Amini
Ucapan dari Wakil PERMAYA iaitu Sdr Iqbal.
Pelancaran Buku dan Video Pengenalan Rumah Iman telah dilancarkan oleh Mantan Pengurus Rumah Iman iaitu Pak Aq. Beliau telah menceritakan sejarah Rumah Iman secara ringkas sebelum membuat pelancaran. Ucapan wakil ahli Rumah Iman diberikan oleh Sdr Khairul Anam. beliau telah memberi beberapa patah perkataan dan membaca sebuah sajak yang ditulis oleh Sdr Abd Ghafur.Selepas ucapan wakil rumah, diteruskan dengan persembahan dari ahli Rumah Iman. Ahli rumah telah membuat persembahan berbentuk nasyid dan teka-teki.
Ucapan wakil ahli Dapur Iman telah disampaikan oleh Sdr Luqman.
Sdr Bidin telah membuat persembahan berbentuk teka-teki dan silap mata. beliau mewakili ahli dapur untuk membuat persembahan. Berbagai teka-teki telah beliau berikan begitu juga silap mata. Sdr Anas dan Sdr Ubadah telah membaca sebuah pantun sebagai pembuka bagi persembahan dari ahli Sakan Ulum. Ahli sakan telah membuat persembahan berbentuk pentomen. Mereka membuat pentomen yang mengisahkan kehidupan mereka di Yaman bersama Pak Aq & Abg Leh.
Selepas persembahan, ucapan dan nasihat telah diberikan oleh orang yang diraikan iaitut Pak Aq. beliau telah memberi nasihatdengan panjang lebarnya. Antara nasihat beliau agar menjaga hubungan ukhuwwah sesama ita ummat Islam, tiada perbezaan walaupun kita berada di pihak mana pun. Kita semua sama dan perlu menjaga hubungan ukhuwwah. Selain itu juga beliau menasihati agar bersungguh dalam menuntut ilmu dan tidak meninggalkan dakwah.
Ucapan dan nasihat telah diberikan oleh Abg Leh selepas Pak Aq. Beliau juga menekankan agar menjaga hubungan ukhuwah walau berada di pihak mana pun, kerana jika ukhuwah dijaga musuh Islam akan merasa gerun. Beliau memohon maaf jika terdapat salah silap dengan semua sahabat dan ikhwah samada dari ahli Dapur Iman, ahli Rumah Iman atau ahli Sakan Ulum.
Selepas ucapan dan nasihat diberikan oleh mereka, majlis diteruskan dengan pemberian sijil penghargaan dari Rumah Iman kepada Pak Aq sebagai Mantan Pengurus Rumah Iman dan Abg Leh sebagai Mantan Penasihat Rumah Iman. Pemberian sijil ini diberikan oelh pengurus Rumah Iman iaitu Sdr Munzir.
Sebelum menutup majlis ini, semua yang hadir bersalaman dengan Pak Aq & Abg Leh. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.
Ni tengah sebuk potong sayuran dan lain-lain untuk masak.

Ni adalah petugas unit teknikal.
Ini adalah Mantan Pengurus Rumah...

Sunday, April 11, 2010

Tazkirah Mingguan - 08.04.2010

Penceramah: Dr Hasbullah
TAJUK: Silah Billah (cinta Allah kepada hamba)

· Hati ibarat seorang raja. Jika hati baik, maka baiklah tentera-tenteranya.
· Setiap jasad mempunyai seketul daging iaitu hati.
· Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras tetapi memandang kepada hati dan amalan.
· Cinta perlu disertai dengan hati. Tidak cukup dengan sekadar pandangan mata. Oleh kerana itu, hati amat memerlukan kepada penjagaaan dan pembersihan.
· Proses penjagaan hati perlu kepada amal seperti membaca Al-Quran dan zikir-zikir.
· Hati yang berbolak balik ibarat air yang mengelegak. Kerana itu ada orang yang mukmin pada waktu pagi dan kufur pada .
· Mengapa kita perlu tahu cinta Allah kepada kita? Kerana manusia perlu memahami hubungan manusia kepada Allah. Perlu tahu bagaimana cinta yang Allah kehendaki.
· Al Maidah: 84 -…………Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Allah….
· Jika Allah mencintai seseorang maka seluruh penduduk langit akan mencintainya sehingga beliau diterima oleh penduduk bumi.
· Cinta kepada Allah tidak sama dengan cinta kepada manusia. Cinta kepada Allah meliputi semua manusia.
· Allah SWT memerangi orang yang memusuhi wali Allah. Wali Allah ialah orang yang sentiasa mendekati dan mengingatiNya.
· Bukti kecintaan kepada Allah bermula daripada melakukan perkara wajib diikuti perkara sunat.
· Allah SWT akan turun di pertiga malam bertanya tentang permintaan hamba-hambanya.
· Tanda-tanda cinta Allah kepada hambanya. Allah akan menjaga beliau daripada godaan dunia sepertimana seseorang menjaga makanan dan minuman orang sakit.
· Allah juga akan menjaga kesalihan beliau dan memudahkan beliau untuk melakukan ketaatan.
· Husnul khatimah merupakan salah satu tanda cinta Allah kepada hamba-hambanya.
Powered By Blogger

Labels