Thursday, December 3, 2009

Korban D' Rumah Iman 1430H

Rumah Iman dan Dapur Iman dengan kerjasama dari bait al-hikmah dan bait tishreen telah menjayakan program korban di Rumah Iman. Program korban ini dilaksanakan pada hari bermula dari hari raya kedua. Sebanyak 5 ekor kambing telah dikorbankan. Saudara Taufiq Amini telah memberi seekor kambing sebagai aqiqah anak perempuan beliau, seekor kambing diberi oleh Saudara Nazri, manakala seekor kambing lagi diberi oleh mertua Saudara Nazri dan 2 ekor kambing yang baki telah diberi oleh 2 orang dari Malaysia melalui Saudara Idres.
Pada hari raya kedua selepas solat asar, 5 ekor kambing ini dikorbankan oleh tiga orang pelajar iaitu Saudara Nazri sebanyak 2 ekor, Saudara Loqman seekor dan Saudara Mujahid sebanyak 2 ekor. Seramai hampir 30 orang pelajar dari ahli Rumah Iman, Dapur Iman dan Bait Tishreen telah bertungkus-lumus melapah dan memotong daging kambing untuk dimasak dan dibakar. Selepas solat Maghrib disajikan mee kuah sebagai makan malam kepada semua yang terlibat melapah dan memotong daging.
Pada hari raya ketiga selepas solat zohor, beberapa orang dibahgian membakar telah mula menghidupkan api untuk membakar daging. Selepas Solat Asar, Rumah Iman dipenuhi dengan kehadiran tetamu yang diundang. Majlis Korban 1430H telah bermula sebaik sahaja selepas solat Maghrib. Majlis dipengerusikan oleh Pak Aq. Saudara Osman selaku Pengarah telah menyampaikan beberapa patah ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Korban 1430H. Selepas ucapan pengarah, majlis diteruskan dengan sesi ta'aruf, ini kerana ada diantara tetamu yang hadir saling belum kenal-mengenali. Sebelum menutup majlis, upacara perasmian telah dibuat dengan memotong kek oleh pengarah. Semua tetamu disajikan dengan beberapa jenis makanan seperti nasi impit, kuah kacang, nasi minyak, gulai daging dan daging bakar. Majlis berakhir pada jam 9:00 malam.
Majlis seperti ini dapat mengembirakan pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang beraya dengan keluarga masing-masing di tanah air. InsyaAllah Rumah Iman akan mengadakan lagi program korban pada tahun-tahun akan datang jika ada sumbangan dan bantuan kewangan dari muslimin dan muslimat di tanah air. Rumah Iman mengalu-alukan bantuan kewangan untuk menjayakan program kepada pelajar-pelajar yang berada jauh di rantauan.
Dua gambar di bawah ini adalah AJK Unit Penyiaran bagi sepenjang program raya korban ini.

Sunday, November 22, 2009

Jom Sertai Korban Di Yaman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung muslimin dan muslimat...
Rumah Iman bersama Dapur Iman akan mengadakan majlis korban di Rumah Iman pada hari raya yang ke 3. Kepada sesiapa yang budiman boleh lah menyalurkan kewangan untuk korban di Rumah Iman ini. Kami amat berharap sumbangan dari muslimin dan muslimat yang budiman untuk meraikan mahasiswa Malaysia di Rumah Iman yang tidak pulang ke tanah air.
Jika ingin menyalurkan kewangan sila hubungi ahli Rumah Iman @ ahli Dapur Iman seperti maklumat di bawah;
1. Munzir Bin Sayuti (Ketua Dapur Iman) +967713596983
2. Norsyazly Bin Rameli (Ketua Rumah Iman) +967713573270
3. Khairul Anam Bin Mohd Omar (Pengurus Kewangan Rumah Iman) +967713447967

Urusan Visa Belajar

Baru-baru ini ahli Rumah Iman dengan kerjasama beberapa ahli Dapur Iman telah menabur jasa bakti kepada 13 orang pelajar baru untuk urusan menyambung pengajian dan urusan mendapatkan visa belajar bagi tahun 2010 ini.
Kesemua pelajar ini diterima belajar di Universiti Al-Iman. Seramai 9 orang telah berjaya memperolehi visa belajar bagi tahun 2010 ini. Pengurusan mendapatkan visa belajar bagi 9 orang ini dilakukan oleh ahli lama Rumah Iman. Betapa susahnya pengurusan untuk mendapatkan visa belajar ini. Yang menjadi susah adalah kerana pengurusan arab di sini masih belum kemas dan berperaturan seperti di Malaysia. Alhamdulillah, hari ini 9 orang pelajar baru ini telah memperolehi visa belajar. Semoga mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Semasa bersarapan untuk mengambil tenaga sebelum membuat urusan mendapatkan visa belajar di jawazat (imigration)
Ini adalah ahli lama Rumah Iman yang menolong untuk membuat urusan mendapatkan visa belajar.
Ini adalah semasa menunggu untuk memulakan urusan.
Taklimat untuk mengisi borang permohon visa belajar.Borang dan maklumat peribadi perlu disatukan di dalam fail untuk diserahkan kepada pihak jawazat.alhamdulillah...berjaya memperolehi visa belajar bagi tahun 2010.
Tengah tunggu bas untuk balik setelah memperolehi visa belajar.

Wednesday, November 18, 2009

Diskusi Ilmiah-Sunnah & Bid'ah

Malam tadi di Rumah Iman telah diadakan diskusi ilmiah. Diskusi ini dibentangkan oleh 13 orang pelajar baru. Para pembentang perlu menerangkan tentang Sunnah & Bid'ah berdasarkan dari sebuah kitab yang dikarang oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi yang bertajuk As-Sunnah Wal Bid'ah. Diskusi ini dibahagikan kepada 2 episod, ini kerana masa tidak mengizinkan untuk mengkhatamkan kitab tersebut. Malam tadi telah berlangsung episod pertama dan InsyaAllah Jumaat malam Sabtu ini akan berlangsung episod kedua. Diskusi ini dibuat secara ilmiah dan birfikiran terbuka.
InsyaAllah Rumah Iman akan membuat post baru menerangkan tentang apa yang dibahaskan dalam diskusi ini. Nantikan post terbaru kami selepas tamat diskusi ilmiah episod kedua nanti bersama gambar suasana diskusi ini.
Powered By Blogger

Labels