Sunday, September 5, 2010

Explorace

Pada 13 Ramadhan 1431 hijrah bersamaan dengan 23 Ogos 2010, Rumah Iman dan Dapur Iman telah menganjurkan Jalan-Jalan Malam. Program ini bermula dari Dairy sehingga ke Bab Yaman dengan melalui Tahrir. Di pertengahan jalan, setiap kumpulan disediakan beberapa soalan yang menguji minda dan beberapa klu untuk sampai ke checkpoint yang dituju.

Program bermula pukul 10 malam dan semua kumpulan berjaya sampai ke checkpoint yang paling akhir iaitu di Bab Yaman pada pukul 2 pagi. Walaupun perjalanan tidak sejauh Program yang sama pada tahun lepas, tetapi penumpuan kali ini lebih kepada soalan-soalan yang menguji minda. Ini antara soalan-soalannya:

1. 1, 2, 6, 24, x, 1008, 8056. X adalah:
2. Jika dalam suatu majlis semua orang saling berjabat tangan ,terdapat 66 jabat tangan, berapa jumlah orang yang berada dalam majlis tersebut?
3. 30 dibahagi dengan setengah dan ditambah dengan 10, berapa jumlahnya?
4. Apakah persamaan antara baju kalis peluru, laser printer, dan ‘wiper’ kereta?
5. Berapakah berat seseorang jika sedang jatuh dari tempat yang tinggi?
6. Bandar apakah yang pertama dalam dunia mencapai 1 milion penduduk?
7. Sebelum ini Amazon.com dikenali sebagai….

Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang terlepas pandang oleh pihak urusetia, rata-ratanya program dapat dihabiskan sehingga ke garisan penamat.

Sedang berbincang mencari jawapan....

Rehat sebentar setelah letih berjalan...
Taklimat di Masjid Dairi...
Salah satu usaha mencari jawapan dengan bertanya kepada orang arab....\

Dah sampai kat Bab Yaman....
Selamat tiba di garis penamat....letih jer nampak....

No comments:

Powered By Blogger

Labels