Saturday, September 19, 2009

I'tikaf

Aisyah r.a berkata :“Sesungguhnya Nabi SAW pernah beriktikaf di 10 akhir Ramadhan hinggalah beliau wafat. Kemudian telah dilakukan oleh isteri-isterinya pada tahun-tahun selepasnya” - Bukhari & Muslim

Definasi iktikaf:
Iktikaf di segi bahasa: “menahan diri atas sesuatu dan melazimkannya”
Di segi istilah pula: iktikaf adalah manahan diri atau menetap di masjid dengan niat yang khusus.

Hukum iktikaf:
Di segi hukum iktikaf pula adalah sunat pada setiap masa, tetapi agak berbeza iktikaf pada 10 akhir ramadhan yang mana rasulullah sendiri mengamalkannya sehingga beliau menahan diri tidak keluar dari masjid dari hari 21 ramadhan sehingga pagi hari raya iaitu setelah solat sunat aidilfitri.
Sepertimana dalam sebuah hadis menyebutkan bahawa Rasulullah saw menghidupkan malam-malam 10 akhir ramadhan, dan membangunkan keluarganya dan mengikat kain(tidak bersama dengan isteri-isternya)

Tujuan iktikaf:
Antara tujuan iktikaf juga adalah untuk menyucikan diri, mendekat diri pada Allah dan juga untuk meningkatkan ibadat dengan membaca, iainya juga bertujuan untuk mentarbiah jiwa dari segala perkara luaran dengan segala kezuhudan dan manjauhkan dari perkara-perkara maksiat.
Iktikaf 10 akhir Ramadhan juga adalah perkara amat disunatkan, sehingga para ulamak fiqh mengatakan iainya adalah dikatogorikan sebagai sunat muakkad. Sebabnya juga adalah bertujuan menantikan malam lailatul qadar.

1 comment:

jalie said...

"rasulullah sendiri mengamalkannya sehingga beliau menahan diri tidak keluar dari masjid dari hari 21 ramadhan sehingga pagi hari raya iaitu setelah solat sunat aidilfitri."

kenyataan di atas kurang tepat... Rasulullah mula memasuki masjid sebelum maghrib malam 20 ramadhan dan keluar sebelum solat sunat idulfitri untuk menunaikan solat sunat idulfitri... wallahua'lam

Powered By Blogger

Labels