INTENSIF
Sunday, December 12, 2010
HALAQAH QURAN
Friday, December 3, 2010
SATUKAN TUJUAN
3/12/2010- Malam taklimat motivasi untuk menyatukan dan memperbaharui matlamat di bumi Yaman yang telah disampaikan oleh Dr. Hasbullah dengan harapan dapat membuka mata para pelajar di kalangan ikhwah yang menetap di rumah iman supaya lebih fokus dalam pengajian dan pembinaan syakhsiah islamiah.
Penerangan tentang agenda umat dan tujuan manusia diciptakan menjadi asas untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.
Peranan remaja perlu menjadi benteng untuk membela dan memperjuangkan Islam di setiap zaman.
Suasana di dalam rumah iman perlu dijaga agar pembinaan peribadi muslim terjamin.
Penekanan terhadap solat pada waktunya amat penting kerana ia merupakan rukun asas di dalam pembentukan diri.
Kedatangan halaqah al quran dan kelas bahasa arab di ambil kira untuk meningkatkan kemampuan ikhwah yang tinggal di rumah iman.
Thursday, November 25, 2010
PENYERTAAN FUTSAL
22/11/2010- Rumah Iman berjaya menghantar tiga pasukan untuk bertanding dalam piala futsal peringkat PERMAYA.
Hanya satu pasukan melepasi peringkat suku akhir!
Walaupun tewas di peringkat suku akhir, tujuan dan motif daripada penyertaan ini telah berjaya kerana dapat merapatkan ukhuwwah dan mengenali pelajar-pelajar di sini dengan lebih rapat.
Moga marhalah kita akan terus maju dan meningkat dengan meggabungkan remaja-remaja di sini dalam satu jalan...Thursday, November 18, 2010
KORBAN IMAN
18/11/2010 -Majlis korban dan aqiqah selamat dilaksanakan di rumah iman pada hari ini. Enam ekor untuk korban dan tiga ekor untuk aqiqah. Terima kasih kepada para penyumbang korban dan aqiqah.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA..JZKK

Subscribe to:
Posts (Atom)