PROGRAM: FORUM/NADWAH
TEMPAT: RUMAH IMAN
TARIKH: 1/10/2010 (JUMAAT NIE)
MASA: PUKUL 4 PETANG MULA
TAJUK: AMAL JAMAEI/AHAMMIYAH TARBIYAH
INTENSIF
Monday, September 27, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H
Majlis sambutan Aidilfitri telah dibuat di Rumah Iman anjuran DR Iman pada hari raya kedua iaitu pada 11 Sep 2010 baru-baru ini. Sambutan kali ini agak kurang meriah kerana terdapat beberapa faktor yang agak mengecewakan. Antara faktornya adalah terpaksa dipercepatkan hari sambutan yang sepatutnya berlangsung pada hari raya ketiga namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka majlis ini terpaksa dipercepatkan. faktor lain juga seperti tiada bekalan elektrik dan sebahagian besar ajk yang terlibat terpaksa menghadiri jemputan raya oleh seorang doktor Arab yaman di rumahnya.
Walaupun sambutan ini agak kurang meriah dan sebahagian besar ahli DR Iman telah pulang ke tanah air, namun kehadiran dalam majlis ini amat mengembirakan iaitu sekitar 60 orang telah hadir termasuk dengan muslimat. encik Hamdan salah seorang pegawai kedutaan Malaysia telah menghadiri majlis ini sebagai tetamu kehormat.
Majlis dimulakan pada jam 8 malam dengan aluan pengerusi majlis iaitu Sdr Luqman dan Sdr Ammar, bacaan Al-Quran oleh Sdr Shabri, ucapan pengarah program Sdr Anas dan ucapan perasmian oleh Dr Hasbullah seterusnya merasmikan majlis dengan tembakan mercun. Majlis diteruskan dengan persembahan dari ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman, ahli Sakan Ulum dan wakil orang yang sudah berkahwin. Pemberian hadiah telah dibuat kepada mereka yang terlibat dalam program explorace berjalan malam pada bulan Ramadhan. Majlis ditutup pada jam 10 malam dan semua tetamu yang hadir telah menjamu selera dengan nasi impit, kuah kacang, sup daging dan ayam bakar serta minuman air oren dan air soya.

Ucapan Pengerusi Sdr Luqman & Sdr Ammar
Sebelum & Selepas Hri majlis Sambutan Aidilfitri
Suasana sebelum dan selepas Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran DR Iman yang bertempat di Rumah Iman....

Ni nak perap ayam utk bakar...gaul ngn tangan jer lagi mudah, tapi sebelum gaul pastikan tangan betul2 bersih....tangan mereka ni memang betul2 bersih....
Sebuk memasang lampu....
Ni plak ajk multimedia...
Tukang masak baru....walaupun baru tapi power....generasi lama dah balik Malaysia ; Abg Taufiq, Mamu, Seman & Hadi....
Mujahidin tgh goreng kacang nak buat kuah kacang....sedap tu...
DJ yg tidak dilantik secara rasmi meriuhkan suasana pada malam memasak...
Sambutan Aidilfitri di Rumah Kedutaan Malaysia
Kedutaan Malaysia di sini telah mengadakan sambutan Aidilfitri di Rumah Duta Besar Malaysia pada hari raya ketiga. Bas sebanyak 4 buah telah disediakan untuk membawa semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan sekitar universiti Al-Iman. Pada jam 2 petang semua rakyat Malaysia telah dibawa ke Rumah Duta Besar Malaysia. Semua tetamu yang hadir disajikan dengan nasi kuning berlaukkan gulai daging danayam masak merah. beberapa jenis kuih dan buah turut disajikan sebagai pencuci mulut. Kehadiran kali ini agak berkurangan kerana ramai rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air.
Ni tgh tunngu nak ambil makan...
Tgh ambil makan...Luqman & Ammar tu dah berapa round dah tu...besa la tghari tak makan, mesti lapar...
Subscribe to:
Posts (Atom)