Termizi sedang pulun menghafal Surah Jin.
Syazwan sedang tekun menghafal Juz 'Amma.
INTENSIF
Tuesday, June 8, 2010
Ahli rumah bersemangat
Ahli Rumah Iman yang kini hanya tinggal 5 orang sahaja. Walaupun 5 orang namun suasana pengajian yang ditunjukkan sungguh menakjubkan. Beginilah gelagat ahli rumah. Kelihatan mereka ini begitu bersemangat untuk menuntut ilmu. Baguslah jika berterusan keadaan mereka. Semoga mereka berjaya dalam pengajian mereka.
Wednesday, May 26, 2010
Gotong Royong
Warga Rumah Iman mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullah khairan kathira kepada semua ikhwah yang telah menjayakan program Gotong Royong pada 21 Mei baru-baru ini. Kata pemantau yang dilantik untuk menilai hasil kerja gotong royong, semua kerja berjalan lancar, semua ikhwah mencurahkan sepenuh tenaga dalam membersihkan rumah, namun masih ada kerja yang berbaki walau bagaimana pun, hasil memuaskan. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Program ini disertai oleh 32 orang mahasiswa. Program bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi dan diikuti dengan makan tengah selepas Solat Jumaat. Semua yang terlibat menjamu selera nasi briani dan gulai ayam.
Mat Yin & Udabah sedang bersihkan saluran paip..
Baihaqi sedang baiki Elektrik...baik2 yer, nanti kena kejutan teruk plak..
Muqsit sedang basuh bilik air bawah tangga
Hadi sedang bersihkan tingkap...dah berapa tahun tak bersihkan tingkap tu...
Sholihin sedang bersihkan halaman luar rumah...
Mujahid sedang vacuum lantai...dengar apa tu..mungkin dengar Quran kut sbb dah nak periksa ni...
Program ini disertai oleh 32 orang mahasiswa. Program bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi dan diikuti dengan makan tengah selepas Solat Jumaat. Semua yang terlibat menjamu selera nasi briani dan gulai ayam.
Tuesday, May 18, 2010
Program tangguh lagi
Assalamualaikum semua....
Program Pembentangan Kitab Hazad Din terpaksa ditangguhkan lagi. Pertangguhan ini adalah kali kedua. Pihak blogger Rumah Iman tidak mengetahui sebab ditangguhkan program ini. Difahamkan program ini akan dibuat pada minggu hadapan.
Sekian, harap maklum.

Takziah & Solat Jenazah
Warga Rumah Iman mengucapkan takziah kepada Sdr Azzam Bin Safwan kerana kematian adik beliau iaitu Yusuf. Difahamkan bahawa Sdr Yusuf meninggal di sekolahnya semasa mengulangkaji pelajaran pagi tadi (waktu Malaysia). Punca kematian masih belum dikenalpasti lagi.
Solat jenazah ghaib telah dijalankan di Ruma Iman dan diimamkan oleh Sdr Azzam. Sekitar 30 orang telah bersama menunaikan solat jenazah. Semoga Sdr Azzam tabah menghadapi ujian ini.
Solat jenazah ghaib telah dijalankan di Ruma Iman dan diimamkan oleh Sdr Azzam. Sekitar 30 orang telah bersama menunaikan solat jenazah. Semoga Sdr Azzam tabah menghadapi ujian ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)