Khamis lepas, semua ahli salah sebuah rumah cawangan Rumah Iman telah berpindah ke Rumah Iman yang besar kerana bilangan ahli rumah berkurangan. Rumah Iman kini hanya mempunyai 2 rumah sahaja. Operasi pindah telah dijalankan pada petang Khamis manakala operasi membersihkan rumah dijalankan pada petang Jumaat. Sekitar 10 orang telah turut serta menolong operasi ini. Terima kasih kepada semua yang menolong.
Gambar semasa operasi itu tidak ada kerana semua sebuk menolong.
INTENSIF
Saturday, February 20, 2010
Sunday, January 17, 2010
Gotong-royong
Rumah Iman telah mendapat sebuah rumah yang baru. Rumah ini mempunyai 5 bilik tidur, 3 bilik air dan sebuah dapur yang agak luas. Rumah baru ini selain agak luas jugak bersendirian dan sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti.
Malam tadi gotong-royong telah diadakan untuk membersih rumah baru ini. Selepas membersih rumah, semua pelajar dijamukan dengan nasi yang dimasak oleh Mamu.
Semoga rumah baru ini tidak akan timbul masalah.

Saturday, December 26, 2009
Program Sempena Hari Asyura'
Rumah Iman bersama Dapur Iman mengadakan program sempena Hari Asyura' di Dapur Iman. Program bermula jam 4 petang dan berakhir sebelum isya'.
Al-Fatihah...
Al-Fatihah kepada ayah Zulhilmi telah kembali ke ramatullah pada hari Jumaat jam 12 tengahari waktu Malaysia. Rumah Iman mengucapkan takziah kepada Zulhilmi.
Rumah Iman telah mengadakan solat jenazah ghaib ke atas ayah Zulhilmi. Seramai 25 orang telah datang menunaikan solat jenazah dan diimamkan oleh Saudara Norsyazly atau dikenali sebagai Pak Aq. Setelah soat, Zulhilmi telah mendoakan untuk ayah beliau.
Zulhilmi adalah salah seorang ahli Rumah Iman yang baru tiba di sini pada hujung November. Semoga Zulhilmi tabah dengan ujian yang menimpa.

Subscribe to:
Posts (Atom)