Tuesday, September 21, 2010

Solat Sunat Aidilfitri di Universiti Al-Iman

Aidilfitri tahun ini jatuh pada 10 Sep 2010 yang lalu. Bagi rakyat Malaysia khususnya ahli Rumah Iman dan Dapur Iman (DR Iman) telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di padang dalam kawasan Universiti Al-Iman. Walaupun sebahagian besar ahli DR Iman telah pulang ke tanah air, namun keriangan dan kecerian terpancar di wajah mereka yang berada di sini ketika menyambut Aidilfitri. Solat Sunat Aidilfitri telah didirikan pada jam 7.30 pagi. Selepas selesai khutbah, semua rakyat Malaysia yang menunaikan solat sunat di sini telah bersalaman satu sama lain dan bermaaf-maafan. Sebagai menjadikan kenangan semua rakyat malaysia yang menunaikan solat sunat di sini khususnya ahli DR Iman telah bergambar secara beramai-ramai bersama dengan beberapa orang sahabat mereka yang dari negara lain.

Suasana di padang untuk menunaikan solat raya....

suasana sebelum solat raya ....



No comments:

Powered By Blogger

Labels