Majlis sambutan Aidilfitri telah dibuat di Rumah Iman anjuran DR Iman pada hari raya kedua iaitu pada 11 Sep 2010 baru-baru ini. Sambutan kali ini agak kurang meriah kerana terdapat beberapa faktor yang agak mengecewakan. Antara faktornya adalah terpaksa dipercepatkan hari sambutan yang sepatutnya berlangsung pada hari raya ketiga namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka majlis ini terpaksa dipercepatkan. faktor lain juga seperti tiada bekalan elektrik dan sebahagian besar ajk yang terlibat terpaksa menghadiri jemputan raya oleh seorang doktor Arab yaman di rumahnya.
Walaupun sambutan ini agak kurang meriah dan sebahagian besar ahli DR Iman telah pulang ke tanah air, namun kehadiran dalam majlis ini amat mengembirakan iaitu sekitar 60 orang telah hadir termasuk dengan muslimat. encik Hamdan salah seorang pegawai kedutaan Malaysia telah menghadiri majlis ini sebagai tetamu kehormat.
Majlis dimulakan pada jam 8 malam dengan aluan pengerusi majlis iaitu Sdr Luqman dan Sdr Ammar, bacaan Al-Quran oleh Sdr Shabri, ucapan pengarah program Sdr Anas dan ucapan perasmian oleh Dr Hasbullah seterusnya merasmikan majlis dengan tembakan mercun. Majlis diteruskan dengan persembahan dari ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman, ahli Sakan Ulum dan wakil orang yang sudah berkahwin. Pemberian hadiah telah dibuat kepada mereka yang terlibat dalam program explorace berjalan malam pada bulan Ramadhan. Majlis ditutup pada jam 10 malam dan semua tetamu yang hadir telah menjamu selera dengan nasi impit, kuah kacang, sup daging dan ayam bakar serta minuman air oren dan air soya.
Ucapan Pengerusi Sdr Luqman & Sdr Ammar
Bacaan Al-Qur'an oleh Sdr Shabri
Ucapan Pengarah Sdr Anas
Ucapan Perasmian oleh Sdr Dr Hasbullah
Tembakan mercun tanda perasmian majlis
Persembahan oleh Sdr Bidin wakil ahli Dapur Iman...silap mata....
Magik oleh Bidin...
Sambung lirik
Sambung lirik
Nasyid oleh ahli Rumah Iman
antara tetamu yang dapat cabutan bertuah,...
Nasyid dari wakil yang berkahwin....
lakonan dari ahli Sakan Ulum...
tempat pertama dalam exporace jalan malam....
tempat kedua dalam explorace
tempat ketiga dalam explorace
tempat keempat dalam explorace
Sesi bergambar selepas makan...
Menjamu selera....
No comments:
Post a Comment