Tuesday, April 6, 2010

Majlis Perpisahan

Assalamualaikum semua pengunjung.

InsyaAllah Rumah Iman dan Dapur Iman akan mengadakan Majlis Perpisahan Bersama Noorsyazly (Pak Aq) & Soleh Mursyidi (Abg Leh).

Program ini akan diadakan pada 14 April 2010 (Rabu) bermula dari jam 4.00 petang shingga jam 10.00 malam. Jam 4.00 petang mula memasak. Makan malam selepas solat Maghrib dan majlis bermula selepas solat Isya'. Program ini dipengarahi oleh Sdr Khairul Anam. Dijemput kepada semua ahli Rumah Iman, ahli Dapur Iman dan ahli Sakan Ulum dengan bayaran sebanyak 500 Riyal Yaman seorang. Diwajibkan ahli Rumah, Dapur & Sakan membuat persembahan untuk majlis ini.

Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kepulangan Pak Aq & Abg Leh ke tanah air. Marilah kita sama-sama hadir ke majlis ini sebagai tanda meraikan kepulangan Pak Aq & Abg Leh yang banyak menaburkan jasa untuk kita.

No comments:

Powered By Blogger

Labels