Thursday, March 10, 2011

Program Umum Mingguan ke-5

Bismillah. Alhamdulillah pada 9 Mac 2011, telah berlangsungnya program umum mingguan buat kali ke -5 dengan jayanya. Walaupun hujan turun lebat, seramai 13 orang peserta berjaya menghadirkan diri. Program bermula pada jam 7.15 malam di rumah Iman.

Untuk program kali ini, kami menjemput pensyarah Universiti Sains dan Teknologi, Dr. Hasbullah Ashaari untuk menyampaikan pengisian yang bertajuk “ Bingkisan buat orang muda “.

Beliau memberikan sebuah simbolik. Layakkah kita bergelar anak yang taat ? tatkala kita sering meminta-minta ibu kita sebuah kamus. Namun bila diberikan kamus itu, kita langsung tidak menggunakannya. Begitu juga keadaan kita, bila setiap hari, paling kurang 17 kali surah Al-Fatihah kita bacakan dalam solat fardhu. Namun bila diberikan Al-Quran, adakah kita memanfaatkan ia sebaiknya ??

Beliau juga menerangkan strategi musuh terhadap umat Islam. Pada mulanya mereka menggunakan dasar pecah dan perintah (divide and role) , kemudian ditanamkan semangat nasionalis (asobiah). Sehinggakan perkara remeh sahaja, boleh menyebabkan pergaduhan hebat. Contoh : Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau menerapkan semangat juang pemuda Islam. Cita-citanya menggunung tinggi. Jiwanya besar. Sebagaimana anak-anak kecil Palestin sudah bercita-cita membebaskan tanah barakah itu. Kemenangan juga tidak dapat direalisasikan kecuali dengan perubahan terhadap generasi muda.

Kemudian peserta disajikan 2 buah tayangan ringkas berkenaan anak-anak Palestin berjuang mempertahankan tanah mereka. Kami rasa sungguh tercabat melihat anak kecil Palestin berani berhadapan dengan tentera Zionis. Ya Allah, bantulah mereka dan kami.

Sebelum bersurai, kami dihidangkan makan malam ringkas. Jemput-jemput dan sambal yang disediakan Akh Ubadah. Para peserta begitu berselera menikmatinya sehinggakan tak cukup dan dihirup-hirup sambalnya.

Akhir kalam, Jazakallahu khairan kepada semua yang menjayakan program kali ini termasuk para peserta mahupun AJK yang bertanggungjawab. Semoga ianya dikira sebagai amal kebaikan kita di akhirat kelak. Amin.

Anas Yaakub.

Sunday, March 6, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM

4/3/2011- Terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan untuk majlis makan malam pada hari ini. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan nikmat tak terhingga.

Majlis makan malam dan doa selamat dimulakan dengan taaruf sesama ikhwah dan sahabat-sahabat luar. Lebih kurang 70 orang yang hadir pada kali ini termasuk pekerja khidmat masak daripada rumah Musa'b Radzi. Terima kasih kepada mereka yang bekerjasama.

Makan malam bermula selepas berdoa kepada para pejuang demo di seluruh dunia dan kepada yang memberi sumbangan untuk majlis makan malam ini.

Ucapan jakazallahu khairan sekali lagi kepada Akh Md Radzi(ayah kepada Mus'ab) di atas sumbangan beliau.

Monday, February 28, 2011

LIQO' GABUNGAN UMUM 4


23/4/2001- Liqa gabungan kali ini memberi penekanan kepada mujalasah solihin dan kesedaran tentang kepentingan menghadiri halaqah-halaqah dan majlis ilmu. Pengisian disampaikan oleh Munzir Sayuti.

Kemudian diakhiri dengan tayangan video tazkirah ringkas berbahasa arab daripada Sheikh Nabil Iwadi dengan pengisian tentang kelebihan hari jumaat dan amalan-amalan sunat.



Tujuan utama ialah memberi kefahaman kepada para peserta bahawa tarbiyah perlu diiringi dengan amalan-amalan sunat sebagai benteng iman dalam kehidupan.

Semoga usaha kita membuahkan amal yang baik dan ikhlas!
Powered By Blogger

Labels